Monday 24 August 2015

[ TIPS KEMBARA ] 9 TIPS UNTUK DAPATKAN DISKAUN KETIKA MELANCONG


9 TIPS UNTUK DAPATKAN DISKAUN KETIKA MELANCONG | Bagi yang 'kaki shopping' anda harus baca tips ini! Selamat Membaca!

Dah tentu ramai dari pembaca blog saya yang gemar membeli-belah semasa melancong. Terutama sekali orang perempuan. Walaupun sikit, akan ada juga benda yang dia nak beli. Saya tahu sebab saya pun perempuan juga. Cuma, dalam kita melancong ni kalau boleh kita tak nak kena tipu dengan penjual.
Anda tentu biasa dengan situasi penjual naikkan harga barang hanya kerana anda pelancong. Contoh mudah, anda pergi ke Pasar Siti Khadijah pada waktu cuti sekolah. Jangan cakap dialek Kelantan, tapi cakap dialek lain. Nescaya, harga yang anda dapat berbeza dengan harga yang saya dapat.
Suami saya, American. Penjual buah salak pandai-pandai nak jual buah salak dengan harga RM1 sebiji semata-mata suami saya jelas warga asing. Sedangkan harga sebenar ialah RM10 bagi 3 kg.
Bukan kita tak ada duit, tapi sebolehnya kita tak nak ditipu oleh penjual yang cuba untuk ambil kesempatan kepada pelancong.
Namun di sesetengah tempat, minta diskaun ialah sesuatu yang luar biasa contohnya Amerika Syarikat dan mungkin Jepun. Tetapi pengalaman saya dengan warga arab (kebanyakannya pelanggan saya sendiri), hampir semua orang Arab akan berkira-kira sebelum sesuatu harga ditetapkan. Kita yang tak biasa ni sakit hati juga, tapi lama-lama dah faham perangai Arab ni memang macam tu. Jadi, jika anda melancong ke negara Arab, anda mesti minta diskaun tak kira banyak ke sikit (#lol).
tip melancong dengan kos rendah
Mungkin tip untuk dapat diskaun semasa melancong di bawah ni berguna untuk anda.

1) CUBA GUNA BAHASA MEREKA

Dialek Kelantan dalam contoh di atas agak sukar ditiru oleh orang yang tak biasa. Tapi, jika anda melancong ke luar negara, Jepun atau Turki contohnya, cuba hafal beberapa patah perkataan yang boleh membantu anda buat jual beli. Contohnya,  “berapa harga?”, “mahal harganya”. Sebolehnya juga hafal nombor 1-10 dalam bahasa negara yg anda tuju. Penjual ini akan rasa teruja bila orang asing bercakap bahasa mereka. Dan jangan lupa ucapan “terima kasih” dalam bahasa mereka. Dalam melawat negara asing,  kita tak perlu belajar slang atau dialek orang sana. Cukup sekadar untuk buat jual beli sahaja.

2) SENYUM

Dah nama pun nak minta diskaun,  muka mesti kena senyum kan. Kalau masam, penjual pun tak ingin nak bargain. Bila anda senyum, penjual pun senyum, maksudnya anda dan penjual dah ada “klik”. Maka anda boleh berurusan dalam mood yang baik. Sebolehnya, senyum awal-awal semasa masuk ke kedai tersebut. Jangan jadi pelancong sombong yang dengan lagak tourist, masuk kedai pastu laung dalam bahasa Inggeris “how much is this?”.

3) BIAR PENJUAL YANG SEBUT HARGA TERLEBIH DAHULU

Jika anda terlebih dahulu yang sebut harga atau tawarkan harga yang anda sanggup bayar, penjual akan setuju terus jika dia akan dapat untung yang banyak. Silap hari bulan, harga yang anda sebut tu overpriced. Jadi, tunggu sehingga penjual sebut harga yang dia nak bagi. Lepas tu baru minta diskaun. Jika mahal, cakap mahal. Cuba hafal, “this is expensive for me” dalam bahasa mereka.

4) TAWARKAN HARGA YANG LEBIH RENDAH DARI HARGA YANG ANDA SANGGUP BAYAR

Contohnya, minta lebih dari 50% diskaun dari harga dipamerkan. Contohnya jika anda keGrand Bazaar di Istanbul. Jika harga atau disebut dipamer pada jaket atau kasut ialah TL300, jangan segan untuk minta diskaun sehingga TL120. Jika mereka tak nak bagi, anda tawarkan pula TL140. Buat tawaran sehingga anda dan penjual dapat harga yang dipersetujui. Saya pernah beli Turkish Saffron yang mana harga dipamerkan ialah TL20 tapi harga sebenar ialah TL10. Don’t hesitate to bargain.

5) JANGAN BUKA DOMPET ATAU TUNJUK DUIT SEBELUM SETUJU DENGAN HARGA

Jika anda buka dompet awal-awal, dan dalammya jelas kelihatan not not 100€, saya fikir tak ada penjual yang rela bagi diskaun.

6) HANYA SERIUS MINTA DISKAUN BAGI BARANG YANG ANDA BETUL-BETUL NAK BELI

Sebolehnya hanya minta diskaun bagi barang yang anda betul-betul nak beli. Kalau serius, baru jump into bargain. Kalau main-main, di sesetengah tempat ia agak kurang ajar sama seperti menghina penjual. Terutamanya bila anda dah minta diskaun, pastu penjual setuju bagi diskaun. Tiba-tiba anda tak jadi beli. Tak elok macam tu. Kalau nak, buat cara nak beli. Jangan memain.

7) MINTA DISKAUN DALAM MATAWANG TEMPATAN

Di tempat yang terlalu touristy seperti Melaka, Ho Chi Minh, Angkor Wat, Istanbul dan sebagainya, mereka terima matawang US Dollar secara meluas, macam itu matawang dorang pulak. Saya tak pernah nampak apa untungnya anda gunakan matawang Euro di Istanbul.

8) “THAT’S THE PRICE FOR TOURIST. HOW ABOUT THE PRICE FOR FRIENDS?”

Saya jarang guna taktik ni, tapi dari perbualan dengan beberapa orang, didapati teknik ini agak menjadi dan berguna. Dalam masa yang sama, anda maksudkan harga yang diberikan adalah terlalu mahal, tetapi anda cakap tu dalam ayat tidak menghina penjual.

9) KALAU TAK DAPAT DEAL YANG BAGUS, TAK PAYAH BELI

Penjual pun manusia, anda pun manusia. Kalau tak dapat barang yang anda nak pada harga yang anda mahu, tinggalkan saja. Jangan bergaduh pula dengan penjual. Lagipun, hukum jual beli yang sah ialah ada persetujuan antara penjual dan pembeli. Jangan paksa penjual untuk jual pada harga yang dia tak mampu. Get ready to leave. Apapun jangan lupa ucap terima kasih sebab layan karenah anda. Tetapi, bila anda nak tinggalkan kedai tu selalunya masa tu lah penjual ubah fikiran. Dari tak setuju kepada setuju.
SUMBER : travelog.my

No comments:

Post a Comment