Showing posts with label TIPS KEMBARA SUFFAH. Show all posts
Showing posts with label TIPS KEMBARA SUFFAH. Show all posts

Thursday, 2 June 2016

10 TEMPAT PERCUTIAN YANG UNIK DI MALAYSIA

Apa yang kami senaraikan di sini bukanlah tempat cuti biasa-biasa tapi lebih kepada tempat percutian yang sangat unik dan lain dari lain untuk dicuba. 

Memandangkan sekarang pun Ringgit Malaysia tengah jatuh dan sedikit-sebanyak memusnahkan harapan ramai orang untuk bercuti ke luar negara, jangan risau kerana kami akan kongsikan 10 tempat menarik dan unik di Malaysia yang boleh korang pilih.

Tak perlu nak ke luar negara, di Malaysia pun ada!

1) Sekeping Serendah, Selangor


Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di Sekeping Serendah ini.

Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, romantik! Hehe!

Monday, 28 December 2015

LOKASI MAKANAN WESTERN YANG MESTI DIKUNJUNGI DI KL & SELANGOR!

    • Big thumb 7e07
    • 1. Eye's Steak

      • Eye's Steak agak baru saja dibuka di Pantai Dalam beberapa bulan lalu. Terletak di Pantai Dalam, antara sajian istimewa mereka ialah Chicken Boxing, Burger Chicken Chicken Chop Bun dan Ribs Eye. Saiz hidangan di restoran ini juga agak besar, memang puas hati kalau makan di sini.

        Bagi mereka yang ingin menikmati makanan barat dengan bajet berpatutan, disarankan berkunjung ke sini kerana tagline kedai ini pun "Rasa Restoran, Harga Kedai" menjaminkan yang dompet anda takkan koyak jika menjamu selera di sini.

        Beef steak: RM11, Chicken Chop: RM7.50, Lamb Chop (dan nasi): RM13.50

        Alamat: GM5-09 & 10, Bazaria Pantai (Jalan Pantai Permai 2), 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
        Telefon: 017-2563283
    • 7. Western Dwap Barbarian Vape & Grill

      • Daging yang disajikan di Western Dwap digemari ramai kerana ia mempunyai tekstur yang empuk dan dimasak dengan begitu istimewa. Selain daripada menyediakan menu berbentuk grill, di sini juga terdapat pelbagai pilihan sandwich. Yang menariknya, sandwich ini boleh didapati dalam dua pilihan saiz iaitu Barbarian Sandwich untuk saiz besar, dan Viking Sandwich untuk saiz yang lagi lagi besar. Fuhlamak, kalau makan agaknya kenyang seminggu.

        Antara menu istimewa di Western Dwap ialah lima jenis pasta, Bangers and Mashed (sosej), pelbagai pilihan burger dan Wagyu. Harga Wagyu di sini ialah RM128. LayariFacebook dan Instagram Dwap Barbarian untuk info lanjut.

        Grill Lamb: RM35.00, Chicken Viking: RM28.00

        Alamat: Blok 6, Lot G45, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
        Telefon: 03-58872644 / 017-6236296
         says.com
    • 8. Big Brother

      • Ramai yang kata saiz menu di Big Brother ini besar sehingga satu hidangan boleh dikongsi dua orang, dan harganya pula murah. Memang berbaloi kalau makan di sini. Bagi penggemar keju, pasti sukakan makanan di sini kerana mereka tidak lokek dengan keju. Contohnya, dalam sup krim tomato, diletakkan keju untuk membangkitkan lagi kelazatannya.

        Big Brother menyajikan menu seperti pemanis mulut Meringue, Breaded Fish, Spagetti dan Nachos. Kesemua menu ini berjaya memikat hati pelanggan dan kerap dicadangkan oleh mereka bagi yang baru hendak berkunjung ke sini. Layari FacebookBig Brother untuk info lanjut.

        Steak: RM30.90, Chicken Chop: RM15.90, Lamb Chop Tower: RM20.90

        Alamat: No. 3G, 3-1, Jalan 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damansara, PJU5, 47810, Selangor.
        Telefon: 012-2115190
         says.com
    • 9. Ayers Rock Butcher and Grill

      • Jika anda sukakan menu dengan nama yang simple, dan anda mahu makan dalam keadaan tenang, mungkin anda patut cuba Ayers Rock Butchery Grill. Kedudukannya yang terletak di kawasan perumahan dan agak tersorok menjadikan ia tenang berbanding dengan steak house yang lain. Menunya memang straightforward, boleh baca terus senarai steak yang anda nak makan. Dan jika Shah Alam terlalu jauh untuk anda, restoran ini ada cawangannya di Wangsa Maju.

        Antara menu istimewa di restoran ini ialah Salmon Steak, Grainfed Ribeye dan Burger Steak. Layari Facebook Ayers Rock untuk info lanjut.

        Sirloin Steak: RM30.90 (280gms), Grilled Chicken: RM15.00

        Alamat: Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
        Telefon: 03-51922344
         says.com