Tuesday 18 August 2015

MENARIK! 10 TEMPAT PERCUTIAN IDAMAN DI ISTANBUL



Istanbul merupakan salah satu bandar terbesar di Turkey. Turkey menjadi idaman pemerintah zaman dahulu untuk menjadikannya jajahan takluknya termasuklah empayar Rom. Istanbul atau Constantinople namanya satu ketika dahulu terbahagi kepada dua bahagian, satu sebelah Eropah sementara satu lagi sebelah Asia yang dahulunya dikenali sebagai Anatolia ataupun Asia Minar. Kota ini terletak antara dua laut iaitu laut Hitam dan laut Marmara di samping selat Bosphorus. 

Kota Istanbul terdapat kira-kira 20 juta penduduk, 3 peratus tinggal di bahagian Istanbul sebelah Eropah atau Barat sementara bakinya 97 peratus mendiami sebelah Asia. Setiap hari bekerja lebih 6 juta rakyatnya dari Asia akan menyeberani selat Bosphorus untuk bekerja di sebelah bahagian Barat.




Baiklah, sedikit mengenai sejarah Istanbul dan Turki itu sendiri. Berbalik kepada percutian idaman saya, kenapa Istanbul, Turki menjadi senarai pertama saya untuk bercuti selepas ini. 

Yes, pastinya tempat-tempat menarik yang ada di dalamnya. Kita tengok satu persatu. 

Tempat Pertama - Masjid Biru


(bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.


Tempat Kedua - Istana Topkapi 



Istana Topkapi adalah istana di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman resmi kesultanan Utsmaniyah atau dikenal juga dengan sebutan kekaisaran Turki Ottoman selama lebih dari 400 tahun (1465-1856). 

Pembangunan Istana Topkapi ini dimulai pada tahun 1459 atas perintah Sultan Mehmed II. Kompleks Istana Topkapi terdiri dari empat lapangan utama dan banyak bangunan-bangunan kecil. Pada puncaknya, istana ini dihuni oleh 4.000 orang. 

Masih di lingkungan Istana Topkapi, juga ada peninggalan sejarah khususnya sejarah Islam, benda-benda yang pernah dipakai Nabi Muhammad Saw. Para pengunjung seperti dibawa ke zaman Rasulullah Saw dan para sahabatnya. Berbagai peninggalan itu ditempatkan di dalam suatu ruang khusus yang terpisah dari Istana Topkapi. Ruangan itu bernama Paviliun Relikui Suci. Lebih menarik lagi, sepanjang dan selama para pengunjung melihat barang-barang bersejarah itu kita bisa mendengar alunan bacaan Al-Quran oleh 24 orang Hafiz Quran secara bergantian 24 jam nonstop. Dan bayangkan, lantunan ayat suci itu sudah berlangsung tanpa jeda sejak tahun 1517.


Tempat Ketiga - Muzium Rahmi M Koc




Tempat Keempat - Spice Bazaar




Pasar yang juga dipanggil Bazaar Mesir ini adalah hentian terakhir karavan yang datang melalui Laluan Sutera dari China. Ia juga merupakan pasar rempah paling penting untuk Istanbul. Namun begitu, lokasinya sebenarnya ialah di Beyoglu. Ia dipindahkan ke sini sewaktu demonstrasi anti-Greek kerana Perdana Menteri ketika itu dikatakan tidak mahu restoran kegemarannya dimusnahkan oleh perusuh. 

Jika Grand Bazaar tempat membeli permaidani dan pelbagai kraf, Bazaar Rempah (Spice Bazaar) pula tempat ada membeli cenderamata boleh makan seperti saffron, kopi dan teh bunga hinggalah kepada wangi-wangian seperti sabun dan minyak pati. Pasar kedua terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaarini dikatakan adalah antara pasar rempah dan herba terbesar di dunia. Ia juga tempat terbaik untuk melihat kepelbagaian makanan dunia disamping makanan dan rempah ratus tempatan. Kita juga akan dapat melihat saffron dari Iran, teh bunga dari China dan kaviar dari Russia di dalam kedai-kedai di sini.

Tempat Kelima - Masjid Suleymaniye


Ia adalah sebuah masjid di Istanbul, Turki. Ia dibina di bawah titah sultan Suleiman I (Suleiman al-Qanuni) dan dibina dengan arkitek Uthmaniyyah hebat Mimar Sinan. Kerja pembinaan bermula pada 1550 dan masjid disiapkan pada 1557.

Tempat Keenam - Pamukkale



Inilah tempat yang ditunggu-tunggu oleh saya untuk lawati. Teruja sangat jika sampai di sini, sangat-sangat cantik dan memang akan berendam di sini suatu hari nanti, Jadi untuk tempat idaman ini, panjang sikit lah saya ulas okey.. hehehe

Keindahan Taman Kapas Di Bumi Turki..Jom Kita Tengok..

Ada sebuah tempat pelancongan menarik di Turki yang disebut istana kapas (cottoncastle), atau dalam bahasa Turki ”Pamukkale”. Lokasinya di Wilayah Denizli, di lembah Sungai Menderes, merupakan laman web alam berisi air panas. Bentuknya menarik,berupa teres mineral karbonat. Kota Greek-Rom dan Byzantine kuno Hierapolis dibina di atas ”istana” putih ini.Panjangnya sekitar 2.700 meter (8.860 kaki), dengan lebar 600 m (1.970 kaki) dan tingginya 160 m (525 kaki)

Pelancongan di tempat ini sudah terkenal sejak ribuan tahun lalu. Banyak orang yang menggunakan kolam ini sebagai mandi-manda . Namun, baru-baru ini sejak pertengahan abad ke-20, hotel dibina di atas runtuhan Heropolis, yang secara tidak langsung sebenarnya menyebabkan kerosakan pada Pamukkale.Untungnya, ketika daerah itu dinyatakan sebagai situs warisan dunia, hotel-hotel yang ada akhirnya dihancurkan dan dijadikan kolam-kolam buatan.

Di Pamukkale juga terdapat muzium berisi sejarah artifak dari Hierapolis, artifak dari Laodiceia, Kolose, Tripoli, Attuda dan kota-kota lain dari Lycos (Çürüksu) lembah. Selain itu, koleksi muzium juga berisi artifak yang ditemukan di Beycesultan Huyuk yang mencakup beberapa contoh yang paling indah dari Zaman Perunggu.

Menurut lagenda purba, air di dalam tangki seperti ini boleh digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, penyakit jantung, artritis, masalah peredaran darah, gangguan saraf, gangguan pencernaan, keletihan, penyakit mata, penyakit kulit dan gangguan pemakanan.
Di kawasan ini terdapat kira-kira 17 mata air panas suhu 35 darjah C hingga 100 ° C.

Tempat Ketujuh - Hargia Sophia 




Tempat Kelapan - Hierapolis 



Tempat Kesembilan - Ephesus Ancient City



Tempat Kesepuluh - Miniaturk





No comments:

Post a Comment