Tuesday 11 August 2015

16 Tip Melancong ke Turki

1) Boleh claim tax free refund

 Kita, pelancong, boleh claim tax refund di Lapangan Terbang Istanbul (dan juga mungkin lapangan terbang lain dalam Turki).Seingat saya, masa saya shopping dulu (di IVM Cevahir), awal-awal lagi saya tak kena cukai sebab dah tunjuk passport masa nak buat pembayaran di kaunter dalam shopping mall tu. In case jika anda dikenakan cukai, jangan lupa claim di kaunter tax refund yang terdapat di airport Istanbul. Gambar di bawah boleh digunakan sebagai rujukan. Semoga bermanfaat. Bawa bersama resit-resit shopping sebagai bukti jika diminta.
Kadar GST di Turki agak tinggi. Jika di Malaysia 6%, di Turki 18%.

shopping di turki

2) Jangan pergi dengan tour agent tak ada lesen

Silap haribulan, agent kena tangkap di airport. Tour agent mesti berlesen untuk bawa pelancong ke Turki. Jadi, elakkan anda jadi mangsa.

3) Tandas awam di Turki ialah berbayar

Jika anda komplen tandas awam di Malaysia kena bayar RM0.50, di Turki paling murah TL1 (lebih kurang RM1.50). Tapi, tandas di sana agak bersih (yang saya masuk lah). Ada juga tandas biasa-biasa. Kebanyakan tandas duduk di Turki ada bidet, tapi bidetnya tak macam bidet tandas Jepun. Kepala paip bidet biasanya terletak di dinding belakang tandas. Tak perlu bawa botol air atau wet tissue masuk tandas.

4) Tak perlu apply visa dari Kedutaan Turki

Pemegang passport Malaysia sebab kita boleh dapat Visa on Arrival (VOA) di lapangan terbang di Turki. Bagi bukan pemegang passport Malaysia, boleh apply visa online dan bayaran dikenakan ialah bergantung kepada dari negara mana passport anda tu. Kalau dari Amerika Syarikat, kosnya USD20 dan bila dapat visa berbayar tu, cek samada anda dapat multiple entry ataupun single entry. Suami saya dapat multiple entry.

5) Pakai selipar semasa ambil wuduk

Kemudian pakai stokin untuk masuk dalam masjid. Dilarang berkaki ayam dalam masjid. Kalau tak, laju-laju je anda kena tegur dan mungkin dipandang keji. Saya dah kena sekali di surau airport.
6) Boleh bagi tip jika mahu, bukan paksaan
Bekas untuk beri tip selalunya disediakan di hotel, restoren dan sebagainya. Tapi, memberi tip bukan amalan di Turki. Saya sendiri tidak pernah beri tip di Turki. Tapi kalau nak bagi, apa salahnya. Apatah lagi jika servis yang diberikan cukup tip top.

7) Sim card, telefon

Handphone yang kita bawa dari Malaysia, atau luar negara, hanya boleh guna sehingga maksimum 60 hari sahaja. Selepas itu, telefon tu dah kena block dan tak lagi boleh digunakan walaupun anda beli simkad baru. Jika anda nak duduk lebih dari 60 hari, belilah handphone murah-murah di Turki. Sebab apa? Sebab handphone yang kita bawa tu tak dicukaikan lagi. Kalau nak guna juga, kena ada residence permit dan kemudian kena bayar cukai sebanyak TL150 di pejabat cukai.

8) Kedai di luar Grand Bazar dan Spice Bazar jual lagi murah

Kedai di luar Grand Bazar dan Spice Bazar jual lagi murah dari dalam bazar-bazar yang famous tu. Tahu kenapa? Kerana penjual situ kena  markup untuk bagi komisyen kepada tour guide, atau sesiapa yang bawa anda ke sana. Don’t hesitate to bargain as much as you can. Berhenti bargain bila penjual dah bosan, tu tandanya, harga minimum dah tu. Nak lagi murah, pergi shopping di kedai-kedai runcit atau supermarket. Tak ada bargain lagi, siap ada sales pula tu.
shopping di turki 2

9) Tak perlu bawa bekalan makanan banyak-banyak

Sebab makanan di sana sangat sedap, HALAL, dan tak mahal pun. Sandwich besar gedabak sangat murah di kedai restoren biasa (selalunya ada depan supermarket). Saya beli dapat 5 sandwich besar-besar dengan harga TL10 
10)Hati-hati dengan kedai yang tiada tanda harga
Hati-hati dengan kedai yang tiada tanda harga , atau, tanda harga tak lengkap. Ia boleh jadi harga dalam Lira, harga dalam Euro, atau US Dollar. Tanya harga dahulu sebelum makan atau beli apa-apa
11) Di Istanbul, ada ramai peminta sedekah dari golongan pelarian Syria
Abaikan sahaja. Bagi satu, nanti sepuluh yang datang. Mereka akan datang dekat anda, dan soalan pertama yang akan ditanya (jika bertudung), “Hal anti muslim?”. Kalau jawab ya, disambungnya, “ana min suryah.. bla bla bla”. Abaikan. Atau, bila anda duk jenjalan, tiba-tiba orang hulurkan buku panduan melancong ke Istanbul, hehe tak beli pun tak apa.
tip melancong ke turki

12) Di kawasan yang ada burung merpati, jangan ambil bekas makanan burung yang dihulurkan

Sebabnya, ia bukan percuma. Anda kena bayar harga makanan burung tu. Walaupun tak banyak, tapi tak syok lah kalau tertipu.
tip melancong ke turki

13) Merokok ialah perkara biasa walaupun bagi perempuan bertudung

Hatta wanita bertudung pun merokok berkepul-kepul asap keluar dari mulut. Jika anda merokok, ini mungkin syurga anda. Harga rokok juga murah, dan ada banyak pilihan (saya bukan perokok, tapi ada cuba curut Turki sekadar suka-suka).
tip melancong ke turki

14) Beli Muzeum Pass (TL80), IstanbulKart

Muzeum Pass boleh digunakan untuk masuk ke berpuluh muzium (Hagia Sofia, Topkapi Palace dll). Dengan ada pass ni, anda tak perlu beratur untuk beli tiket. Rugi masa beratur di tourist area di Istanbul, tengoklah barisannya ni. Ini baru barisan nak ke Topkapi Palace. Belum barisan di Hagia Sofia dan bermacam muzium atau palace lain lagi. Muzeum Pass boleh dibeli di kaunter mana-mana tempat jualan tiket. Ia sah untuk dua atau lima hari bergantung kepada pass yang anda beli.
tip melancong ke turki
IstanbulKart boleh beli di kedai-kedai runcit biasa. Anda boleh jimat dengan guna pengangkutan awam seperti tram dan bas. IstanbulKart ni macam kad pintar lah, boleh beli di airport juga. Kos naik kenderaaan awam adalah sama tanpa mengira jarak. Sekali naik, dalam TL3 gitu. Kalau tak ada IstanbulKart, sekali naik/sekali ride kosnya TL4. Satu kad boleh guna banyak kali per hala. Contohnya, saya dan suami cuma gunakan satu kad sahaja. Sekali masuk, kita scan dan tolak terus. Lepas tu bagi kad kepada kawan kita untuk dia scan trip dia pula. Kad tak perlu scan semasa keluar.
Di Sakarya, anda boleh dapatkan Kart54 yang fungsinya sama seperti IstanbulKart. Begitu juga bandar-bandar lain, yang mana mesti ada sistem bas sendiri. Selalunya ia boleh didapati di kedai-kedai runcit, kedai telefon dan seumpamanya.
Selain itu, boleh juga belajar guna Dolmush iaitu sejenis minibus yang selalunya menghubungkan kawasan bandar ke kawasan pinggir bandar.

15) Di Airport Ataturk ada TRAVELERSBOX.

Fungsinya, duit lebihan yang ada tu boleh ditukar kepada kredit PayPal, Skype, Skrill dan sebagainya.
Ia boleh didapati di:
  • Near gate 212
  • Outside gate 213
  • Outside gate 218
  • Near gate 221
  • Outside gate 302
  • Outside gate 304
  • Business Lounge circle (2nd floor)
  • Domestic Terminal

16) Susah betul nak guna wifi di airport Ataturk (IST).

Hampir mustahil berdasarkan pengalaman saya yang lepas. Kecuali anda ada simkad Turki yang boleh dibeli di international arrival atau anda duduk dalam lounge.
Update: Jika di arrival, anda pergi dekat Starbucks, boleh guna wifi Starbucks dengan syarat anda ada boarding pass. Atau, ada yang free iaitu dari Doruk cuma kena sign up dulu guna Facebook, email atau nombor telefon tempatan.

No comments:

Post a Comment