Thursday 13 August 2015

KE KOREA KE KITA? 10 PERKARA MESTI DIBUAT KETIKA MELANCONG DI KOREA




Teringin melancong ke Korea dan merasai keenakan sajian sebagaimana sering ditonton dalam drama popular mereka?
Pasti banyak tempat menarik yang anda senarai pendek untuk dilawati sepanjang di sana. Tapi cukupkah masa untuk anda memuaskan keinginan hati?


Sedang penulis merencana lokasi terbaik di negara empat musim itu, terjumpa satu catatan ringkas oleh Lurima Travel yang menyenaraikan 10 perkara mesti dibuat jika melancong ke Seoul, Korea.
DSC00052
Melawat Pulau Nami (Nami Island)
Pulau Nami adalah tempat wajib yang mesti anda lawati jika ke Korea. Ia terkenal kerana menjadi lokasi penggambaran drama popular Korea, Winter Sonata.
Pemandangan cantik dengan pokok dan sungai menjadikan pulau ini salah satu tarikan utama.
Menariknya, pulau ini bukanlah di tengah laut, tetapi terletak di tengah sungai. Anda perlu menaiki bot untuk sampai ke Pulau Nami dan menikmati pemandangan pesisir sungai yang sukar digambarkan.
657x340px-4da01aac24d26d7c67667c3c82bcc9ef
Membeli-belah di Pasar Namdaemun
Pasar Namdaemun adalah antara pasar terbesar dan tertua di Korea. Dulunya pasar ini adalah pusat ekonomi rakyat di bandar Seoul.
Pasar Namdaemun menawarkan hampir segala-galanya dengan harga yang murah. Pakaian, barang kemas, beg, permainan kanak-kanak, cenderamata dan makanan, semuanya dijual di sini.
Seoul-Namsan-Tower-Korea-L
Padlock cinta di Menara Namsan
‘Lock of love’ di Menara Namsan menawarkan pemandangan unik dengan berjuta-juta padlock (mangga kunci) pelbagai warna dan bentuk dikunci di sini.
Korea memang terkenal dengan tempat romantik terutamanya di Seoul. Salah satunya adalah Menara Namsan.
Pastikan anda kuncikan padlock cinta anda di sini sebagai kenangan. Mungkin satu hari nanti anda dan pasangan akan melancong sekali lagi ke Korea sambil menikmati pemandangan dari puncak Namsan seperti dalam drama Korea.
Cheonggyecheon-seoul
Merendam kaki di Cheongae Stream
Cheongae Stream adalah sungai yang dulunya kotor dan buruk, tapi dibersihkan dan dihias cantik untuk tujuan pelancongan.
Rehatkan diri anda sambil merendamkan kaki di Cheongae Stream yang jernih sambil berbual-bual bersama rakan.
Suasana yang cantik dan tenang walaupun di tengah bandar raya Seoul sangat menenangkan jiwa.
Seoul-Metro-2004-20070722
Menaiki Seoul Subway
Pengangkutan utama di bandar Seoul adalah ‘subway’. Kereta api bawah tanah ini bukan saja memudahkan perjalanan anda tapi selamat dan menjimatkan masa.
Kita juga dapat melihat kehidupan masyarakat Korea dengan lebih dekat. Banyak drama kehidupan yang boleh ditonton depan mata.
Dalam stesen Seoul subway terdapat banyak kedai untuk membeli-belah dengan harga yang berpatutan.
Risiko menaiki perkhidmatan ini mungkin membuatkan anda sesat kerana dunia bawah tanah di Korea sangat luas.
dongdaemun_fashion_district,_seoul,_korea
Ikan Bakar di Dongdaemun
Antara masakan Korea yang sedap dan menjadi menu paling dirindui pelancong ialah ikan bakar di Dongdaemun.
Banyak kedai ikan bakar yang segar dan sedap di Grilled Fish Street ini. Selain daripada ikan bakar, anda boleh rasa menu masakan laut lain seperti sambal sotong.
Korean_stew-Kimchi_jjigae-01
Makan kimchi
Kimchi adalah makanan tradisional Korea. Perapan sayur kubis yang digaul dengan cili ini adalah sajian sampingan utama masyarakat Korea.
Ia mempunyai banyak zat dan mampu mencegah masalah obesiti. Semakin lama kimchi diperap, semakin mahal harga dan semakin sedap rasanya.
Kebanyakan restoran Korea akan menyediakan kimchi secara percuma.
Lepak dan santai di kafe
Antara tempat yang menjadi tumpuan di Korea adalah kafe. Jika anda berjalan di bandar Seoul, anda akan menemui banyak kafe cantik dan mempunyai reka hias yang menarik.
Kafe di Korea ibarat kedai mamak di Malaysia. Orang Korea memilih kafe untuk berjumpa rakan atau melepak minum kopi dan membaca majalah.
Banpo Bridge Seoul 1
Berbasikal di pesisiran Sungai Han
Sungai Han adalah sungai terbesar di bandar raya Seoul dan menjadi tumpuan masyarakat Korea. Mereka datang ke Sungai Han untuk beriadah dan menenangkan fikiran.
Pelancong juga ramai datang ke Sungai Han kerana mempunyai taman yang sangat cantik terutamanya ketika musim bunga dan musim panas.
1367889082-myeongdong
Syurga kosmetik di Myeongdong
Korea terkenal dengan produk kosmetik dan kecantikan. Bagi anda yang mencari barangan kosmetik dan kecantikan berkualiti, popular dan harga berpatutan, Myeongdong adalah tempat yang wajib dilawati.
Tidak seperti negara lain, hampir semua kedai kosmetik di Korea memberi anda ‚sample’ produk mereka.
Malah promoter kedai kosmetik di Korea akan memberi nasihat mengenai produk sesuai untuk kulit anda.

SUMBER: travelblog.my

No comments:

Post a Comment