Wednesday 5 August 2015

11 TIPS UNTUK MENDAPATKAN HARGA MURAH UNTUK TAMBANG KAPAL TERBANG

Hari ni kita take one step ahead dengan cara-cara nak cari tambang kapal terbang murah-murah pulakKot ada yang teringin ke London, kita godek-godek dulu. Mana la tahu dapat best deal, terus angkat!
1. Gunakan Kayak Explore
Tool yang sangat best untuk berangan. Layari www.kayak.com/explore
Mana tak berangannya bila tengok world map dengan possible tambang nak pergi sana.
kayak

2. Naik kapal terbang yang berbeza
Jangan tengok satu airlines jeSurvey macam-macam airlines yang ada offer route yang kita nak pegi tu.
tiket-travel
Misalnya pegi naik MAS, balik naik Air Asia. Survey, OK. Kadang-kadang naik kapal terbang yang berbeza ni lebih berbaloi.
3. Guna fungsi Multi-city
Satu lagi boleh guna fungsi multi-city dengan airlines yang sama. Contohnya kita pegi Australia turun di Sydney, dan balik dari Adelaide. Tapi multi-city nikena guna function “Multi-city” yang dalam website masa booking tu tau. Jangan beli asing-asing, mahal sesangat!
Contoh boleh rujuk pada gambar di bawah.
Pilihan multi-city di web Air Asia
multicity-1
Ini pula pilihan multi-city MAS
multicity-2
Pilihan multi-city Singapore Airlines
multicity-3
4. Book tiket sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal
Kalau nak tiket murah, mesti booking awal-awal. Seberapa awal?
early-bird
Sekurang-kurangnya 2 bulan atau 6 minggu sebelum tarikh nak terbang. Siap ada kajian yang dibuat pasal benda ni. Harga tiket yang dibeli sebelum tempoh 2 bulan terakhir tu biasanya lebih murah dari biasa.
5. Ambil connecting flight (transit)
Untuk perjalanan jauh, penerbangan terus biasanya lebih mahal dari transit. Misalnya tiket kelas ekonomi ke London kalau direct flight dengan British Airways, one way boleh dapat dalam RM2,200 paling murah (harga premium ekonomi dalam RM5,000).
Vietnamairline
6. Survey harga di macam-macam website
travel-apps
Jangan rely pada satu website je. Tadi dah berangan dengan Kayak Explore, thenmesti compare dengan site lain-lain seperti Sky Scanner, Expedia, Travelocity, Orbitz, Airfarewatchdog, Cheaptickets, etc.
7. Survey juga di website airlines
Jangan lupa untuk buat comparison dengan website asal airlines pilihan kita tu. Kadang-kadang diorang ni buat offer eksklusif hanya di website dia je.
8. Daftar sebagai member/frequent flyers
Jangan terbang begitu saja tanpa daftar sebagai frequent flyers. Setiap milesadalah dikira tau. Setiap kali travel, kumpul points & nanti boleh redeem balik. Mana tahu dapat tiket free!
malaysia-airlines-enrich-award-sale
Kalau dapat silver/gold card contohnya Enrich ni, boleh check in di kaunterBusiness Class, priority baggage, & pemegang gold card boleh masuk MASGolden Lounge walaupun kita naik ekonomi.
9. Guna kad kredit yang ada link dengan airlines atau yang boleh redeem airlines points
Bab nak guna kad kredit ni ada teknik dia. Kalau tak reti teknik dia ni, alamat boleh bangkrap. Tahu tak ramai rakyat Malaysia yang bangkrap sebab hutang kad kredit?
cimb enrich gold mastercard
Kalau nak guna kad kredit, guna yang tie dengan airlines points, misalnya CIMB Enrich Gold, boleh dapat 2 kali Enrich points tiap kali buat pembelian.
Lepas tu, point-point mata ganjaran segala yang lelain tu convert ke Enrichpoint. Tak ke best tu. Travel free!
10. Terbang pada waktu tak masuk akal
early-flight
Harga tiket pada waktu-waktu tak masuk akal, misalnya pagi sangat, tengah malam sangat biasanya lebih murah dari waktu-waktu lain. Kami pun selalu fly ambik flight jam 2-3 pagi, jam 5 pagi.
11. Follow Twitter & FaceBook
Social media on smartphone
Kadang-kadang airlines ni suka announce sebarang offer kepada followersmereka di media sosial. Jadi sila follow lah ye Twitter, FB, IG, subscribe newsletter mereka tu.
Amacam? Berguna tak tips-tips ni? Kalau berguna kongsi-kongsikan dengan kawan-kawan. Mudah-mudahan boleh bantu mereka yang sedang cari pasal nak habiskan cuti!

No comments:

Post a Comment