Tuesday 18 August 2015

RUGI TAK BACA! 11 MAKANAN WAJIB MAKAN KETIKA MELANCONG DI TURKI

tip melancong ke turki
Istanbul dibahagikan kepada dua iaitu sebelah Europe dan Asia. Makanan dua belah ni tak sama. Saya lagi suka makanan belah Asia sebab bagi saya, lagi sedap tapi hubby saya pulak cakap, makanan di Turki semua sedap. Tambahan pula, isu cari makanan halal hampir tak ada.
resipi makanan turki

Kumpir (highly recommended)

Kami makan Kumpir banyak kali jugak lah. Seingat saya,  dua kali di restoren nama Simit. Kumpir ialah kentang bakar yang besar, ditengahnya diletak pelbagai jenis bahan seperti buah zaitun, keju, sosej, mayonis, salad dan lain-lain. Bunyi macam tak sedap, tapi rasanya cukup sedap.
makanan istanbul turki

Mantar dolmasi

Dalam English, stuffed mushroom. Dua kali makan ni dan dua-dua sedap. Mushroom dibakar dengan keju, dan ada sos. Terbaiklah, jangan lupa makan Mantar Dolmasi jika anda ke Turki ya. Serius tak menyesal.

Doner

makanan turki
Datang Turki wajib makan kebab. Ia bukan kebab macam di Malaysia tapi mostly daging dan beberapa jenis side dish seperti salad dan lain-lain.

Iskender (highly recommended)

Daging dihiris nipis-nipis makan dengan yogurt dan roti. Sungguh sedap, saya pernah makan Iskender di Bhosporus Restaurant di Pavilion. Mungkin anda juga boleh cuba.
makanan istanbul turki

Ikan trout bakar

Ikan trout bakar ni saya makan selepas trekking di Ihlara Valley di Cappadocia. Ikan segar yang dibakar dan dimakan dengan sayuran. Ikan ni sedap sebab segar je kot. Tapi kan, ikan apa-apa pun sedap kalau segar.

Balik Ekmek

Balik (Ikan), Ekmek (Sandwich). Balik Ekmek boleh didapati di kedai-kedai sekitar Galata Bridge. Sedap juga, perah jus lemon atas ikan tu.
melancong ke istanbul 4

Pide

Pide ni Pizza Turki. Roti macam pizza biasa tapi sedikit crunchy, dan toppingnya pun kita boleh pilih ikut kehendak atau berdasarkan menu. Ada banyak tempat yang jual makanan ni. Anytime boleh makan sebab ia agak famous di Turki.
makanan istanbul turki 2

Islama Kofte (highly recommended)

Islama Kofte ini ialah makanan popular berasal dari AdapazariSakarya. Kofte tu maksudnya meat ball. Di makan dengan roti dan tomato bakar. Sedap jugak yang ni.
resipi makanan turki islama kofte

Lokum

Lokum ni kueh tradisi Turki. Jika anda terbang dengan Turkish Airlines, memang mereka akan hidangkan Lokum sebaik je pesawat take off.
makanan turki

Pistachio Aiskrim

Entah kenapa, rajin dan gigih betul saya cari kedai aiskrim untuk rasa aiskrim pistachio. Lain kedai, lain rasanya. Sedap eh. Rasa pistachio yang sungguh kaw.
tip melancong ke turki 2

Hamsi (highly recommended)

makanan popular turki
Yang ni saya sangat-sangat nak rekemen. Setakat ni, inilah ikan goreng celup tepung paling sedap pernah saya makan. Masuk mulut sekor-sekor, rasa macam keropok lekor tapi ianya ikan sebenar. Anda boleh dapat di mana-mana restoren ikan. Senang je nak jumpa restoren ikan atau seafoods ni, cari restoren yang tulis Balek, contohnya Istanbul Balek Restaurant. Balek tu maksudnya ikan.
Lepas baca ni, tak ada rasa lapar ke? Atau, tak ada rasa nak pergi melancong ke Turki? Hihi
SUMBER : travelog.my
Nota : Memang tak sah ketika melancong ke negara luar tak cuba makanan mereka. Ada yang 'kena' dengan tekak kita ada yang tak boleh masuk dengan citarasa kita orang Malaysia. But well, its normal dan itulah pengalaman (:

No comments:

Post a Comment