Thursday, 17 September 2015

[ TIPS MELANCONG ] PENTING! 6 TIPS TUKAR MATAWANG SEBELUM MELANCONG




Seperti kita sedia maklum tentang keadaan ekonomi sekarang yang kurang baik serta kadar tukaran matawang Malaysia yang makin turun jadi ingin dikongsikan disini tentang 6 TIPS PENTING MENUKAR MATANGWANG ASING SEBELUM MELANCONG sebagai panduan untuk anda. Selamat Membaca ! (:




5 Tips Penting Menukar Matawang Asing Sebelum Melancong
5 Tips Penting Menukar Matawang Asing Sebelum Melancong
6 Tips Penting Menukar Matawang Asing Sebelum Melancong | Bagi anda yang dah biasa ke luar negara mungkin ia bukan perkara baru malah kadang-kadang kita jadi ‘ mobile currency coverter’ bagi pihak rakan-rakan.
Pada yang kali pertama bercuti ke luar negara mungkin sedikit pening bila nak kena tukar duit asing siap-siap. Bayangkan kalau pergi ke beberapa buah negara dalam satu masa bermakna kena tukar beberapa currency dalam beg duit. Jika 5 negara anda pergi dan berlainan matawang tukar dalam semua matawang negara tersebut.
Kadang-kadang kita tak tahu perancangan kita sama atau tidak dengan perancangan Allah.Berikut saya paparkan 5 tips penting menukar matawang asing sebelum m elancong supaya kita tidak rugi , tidak membazirkan masa  dan lebih menguntungkan .

1.TUKAR DI PENGURUP WANG ATAU MONEY CHANGER

Money changer ada di mana-mana . Licensed Money Changer atau pengurup wang banyak boleh di dapati di kompleks membeli belah. Kita juga boleh gunakan kaunter tukaran wang asing di bank tapi tak di galakkan kerana duit yang anda dapat nanti kurang sedikit berbanding menukar wang di license money changer.Jika anda menukar sewaktu dah sampai di airport lagi la bertambah mahal
Jadi sebelum ke mana mana adalah lebih baik menukar duit siap-siap sebelum terbang ke negara yang anda bakal pergi. Kalau ke Korea, tukar duit Korea atau KRW siap-siap. Jika penerbangan anda ada transit yang lama seeloknya tukar sedikit juga matawang negara anda transit . Kalau 20 jam macam saya di Jakarta dulu saya tukar RM 200 sahaja sebagai duit makan malam, tambang pengangkutan dan sedikit souvenir kalau ada yang berkenan.

2.CHECK KADAR TUKARAN MATA WANG ASING DI ONLINE.

Bank Negara mempunyai laman khas untuk kadar matawang asing yang boleh kita jadikan panduan . Jika kita selalu keluar masuk bank pun kita boleh nampak rate mata wang yang selalu terpapar di skrin mereka. Gunakan rate tersebut dan bandingkan dengan rate yang di berikan oleh pengurup ang

3.CUBA BERTANYA PADA RAKAN-RAKAN YANG SELALU TRAVEL MONEY CHANGER YANG RATENYA BAGUS.

Selalunya dekat shopping complex ada banyak money changer dan rate mereka pun berbeza juga. Tapi kebiasaannya rate  mereka tak lari jauh ke mana. Money changer A mungkin 4.01 dan money changer B pula 4.03. Jadi tolak campur lebih kurang saja kecuali anda dapat deal best price dengan money changer tersebut.
Jika anda bertanya ada baiknya ambil nama staff yang bagi best price tu.Jadi kalau waktu tukar tu staff tu tak ada bagi la nama staff yang bagi best price tu.Anda tak rugi sebab tahu perbezaan harga biasa dengan best price!

4.SEELOKNYA ANDA MINTA DUIT KECIL DAN TIDAK LUSUH.

Ini supaya mudah nak kira dan tak perlu kelam kabut mengira  wang yang kadang-kadang di sesetengah negara anda berisiko untuk di tipu.Duit juga seeloknya tidak lusuh kerana di sesetangah negara duit lusuh pun mereka tak nak .Tak taulah kenapa mungkin mereka takut duit palsu.Duit baru pun ada yang palsu betul tak ?

5.SEBELUM SAMPAI KE DESTINASI NEGARA YANG DI TUJU SEELOKNYA KITA CEKAPKAN SIKIT MATEMATIK KITA.

Sebagai contoh  jika anda mahu bercuti ke Vietnam atau Indonesia negara jiran yang angka belakangnya terlalu banyak kosong memang memeningkan. Buat matematik mudah seperti jika anda berada di Jakarta, setiap 10,000 Rupiah bersamaan dengan RM 3. Jadi bila di sebut harga yang bunyinya beratus ribu kita tak kelam kabut nak kira dan convert pada duit Malaysia.
Pernah kes saya sendiri yang travel dengan partner dan transit di Jakarta bulan February yang lalu. Travel kali ini saya tak sempat nak buat reserach seperti biasa dan duit juga di tukar lagi 2 hari nak berlepas.Di sana kami di sapa seorang lelaki yang menawarkan khidmat memeriksa hotel yang masih kosong tapi kami perlu bayar 10,000 rupiah untuk top up kreditnya.Masing-masing dah garu kepala kerana tak tahu berapa duit Malaysia.
Mujur saya teringat saya menukar wang RM 200 dan dapat congak-congak dalam kepala dengan rupiah yang ada dalam pouch dan  akhirnya ketawa sendiri kerana 10,000 rupiah tu hanyalah RM 3. Di sebabkan takut kena tipu kami tak bayar dan lelaki tu meninggalkan kami dengan merungut-rungut. Mungkin dia kata kami ni kedekut  RM 3 pun takut nak bayar he he.

6.TANYA PADA STAFF HOTEL ANDA MENGINAP MONEY CHANGER YANG DI PERCAYAI.

Sebagai orang tempatan kebiasaannya kaki tangan hotel penginapan tahu mana money changer yang bagus. Mereka juga akan beritahu supaya tidak menukar di sesetengah tempat kerana mungkin ada kes penipuan yang menyebabkan kita rugi.Gunakan maklumat yang mereka bagi sebagai panduan.
Begitulah serba sedikit bagaimana menukar wang sebelum pergi ke sesebuah negara. Mungkin ada baiknya anda memasang apps di handphone anda untuk memudahkan pengiraan terutama jika ke negara yang banyak angka kosong di belakang. Ia sangat membantu jika matematik anda lemah he he.Jangan tak tau ye yang matematik A pun bila travel jadi kelam kabut bila berada di negara orang.

SUMBER : KAKIMELANCONG.COM





No comments:

Post a Comment