1. PANTAI KELANANG, BANTING, SELANGOR

Mula dibuka kepada umum khususnya untuk penduduk  sekitar Kuala Langat, namun kini pantai ini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat luar  Selangor.  Bagi memastikan kebersihan pantai dan airnya, lokasi ini dipantau oleh Institut  Pe nyelidikan Hidrolik Negara. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti  memancing, menaiki bot dan berbasikal. 
PenginapanHotel Seri Malaysia, Camar Laut resort, Hotel Impian Morib.
 
 

2. PANTAI BISIKAN BAYU, PASIR PUTEH, KELANTAN

Juga dikenali sebagai ‘Pantai Dalam Rhu’, lokasi ini benar-benar seindah namanya. Terletak di sebelah utara kampung Semerak, kawasan pantainya memiliki  deretan pohon sena yang teduh-Sesuai untuk anda bersama keluarga berpiknik di sini. Tatkala deruan angin menembusi pepohon ini, ia bagaikan irama yang menenangkan minda. Cukup  santai. Jika anda dan keluarga gemarkan tempat yang tenang untuk bersantai di pantai, inilah tempatnya. 
PenginapanTok Aman Bali Beach Resort
 
 

3. PANTAI TELUK KEMANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Terletak di batu 7 dan 8, Teluk Kemang merupakan kawasan pantai yang terbesar dan popular di Port Dickson. Jika anda mahukan semua kemudahan dalam satu tempat, maka Teluk kemang adalah pilihan terbaik. Gazebo, kedai-kedai makan, parkir kereta yang luas, tandas awam, kedai cenderamata, kedai aksesori mandi,
permainan jet ski, banana boat dan sebagainya. “What’s the catch?” bak kata seorang warga England yang bertanya kepada ketika beliau mahu ke sini. Yang
kurang ‘best’ jika datang pada hujung minggu, tempat ini akan dipenuhi manusia. Tidak sesuai untuk anda yang mahukan privasi.
PenginapanAncasa Allsuites Resort, Cozzi Hotel, Thistle PD, pearl Villa Hotel & Resort PD
 
 

4. PANTAI TELUK SENANGIN, LUMUT, PERAK

Pantai ini terletak berhampiran Resort Swiss Garden Damai Laut di Lumut, Perak. Berbanding  dengan Pantai Teluk Batik, pantai ini tidak sesak dengan  pengunjung dan merupakan lokasi sesuai untuk berpiknik. malah  jika anda seorang yang gemar mengambil gambar landskap, Teluk Senangin sebenarnya menawarkan pemandangan yang indah, khususnya waktu senja.  
Penginapan: Teluk Senangin Chalet yang menawarkan 12 chalet kayu dengan kemudahan penghawa dingin. Jika mahu lebih adventure, hendak memasang khemah di sekitar pantai pun boleh.
 
 

5. PANTAI BATU LAYAR, DESARU, JOHOR

Benarlah kata orang, jika sesuatu tempat itu agak tersorok, pasti  tempatnya cantik. Pantai Batu Layar menepati perumpamaan itu. Ia hampir dengan Desaru dalam daerah Kota Tinggi. Satu lagi tempat sesuai untuk berpiknik dan mandi-manda kerana kawasan persekitaran yang tenang. Pelbagai aktiviti seperti bermain bola tampar pantai boleh dilakukan. Sesetengah kawasan pantai ini berbatu, menjadikan  pemandangan latar belakang yang indah- Sesuai untuk mengambil foto-foto  yang  menarik. Luangkan masa untuk singgah ke kawasan perkampungan Melayu di sini. 
PenginapanMayres Hotel, Lotus Desaru Beach Resort, Mutiara Motors Resort
 
 

6. PANTAI DESARU, JOHOR

Pantai dengan pasir yang putih bersih sepanjang 25km. Pantai Desaru merupakan pantai yang paling popular di Johor. Ia merupakan kawasan tumpuan pelancong,
khususnya yang datang bercuti bersama keluarga. Anda boleh melakukan pelbagai  aktiviti air di sini seperti berenang, memancing, snorkeling, berkayak, menunggang kuda, treking hutan, bermain go-kart, golf dan luncur angin. Semuanya lengkap. Desaru juga sesuai untuk anda yang mempunyai bajet lebih dan mahu tidur di resort yang selesa. Deretan  resort pada harga sederhana dan tinggi ditawarkan-pilih saja yang mana berkenan. 
Penginapan: Desaru Damai Beach Resort, Lotus Desaru Beach Resort, Desaru Golden Beach Resort, Mayres Hotel.
 
 

7. PANTAI BALOK, KUANTAN, PAHANG

Anda dan keluarga jenis yang sukakan cabaran? Ayuh ke Pantai Balok kerana pantai ini cukup terkenal dengan aktiviti luncur angin. Sambil berpiknik, boleh belajar aktiviti  yang menyeronokkan ini. Kawasan pantai ini juga dipenuhi deretan hotel-hotel bajet, mewah dan sederhana. 
Penginapan: De Rhu Beach Resort, Kuantan, Duta Village Beach Resort, Impiana Resort Cherating, Duta Sands Beach Resort.
 
 

8. PANTAI BESERAH, KUANTAN, PAHANG

Beserah merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak berhampiran pantai yang  cukup indah. Ia merupakan pantai dan perkampungan yang cukup unik kerana aktiviti memungut hasil ikan di sini menggunakan kerbau yang akan ditarik ke laut, sebelum nelayan bot memunggah dan memindahkan hasil tangkapan ke dalam bakul yang diletakkan. Anda juga boleh melihat bagaimana kerja-kerja mengasingkan, menyiang dan menjemur ikan-ikan kering di sini. Pendek kata, jika mahu anak-anak anda beriadah sambil mendapat ilmu, sinilah tempatnya. Anda juga boleh kunjungi kilang batik dan bengkel cenderamata yang terletak berhampiran Pantai Beserah. 
 


 

9. PANTAI CHERATING, KUANTAN, PAHANG

Pantai yang gah dan menjadi bualan di kalangan pelancong tempatan dan luar negara kerana lokasinya yang strategik untuk aktiviti luncur ombak. Saban tahun ketika musim tengkujuh, kawasan pantai ini akan dipenuhi peminat-peminat sukan  luncur ombak bagi menyaksikan idola mereka beraksi. Kawasan pantai yang  berbentuk melengkung dan panjang ini amat sesuai untuk mereka yang datang  untuk berpiknik dan melakukan aktivitiair. Pilih saja deretan resort dari yang
mewah hinggalah kepada yang paling  murah. Sementara itu, waktum malam disini ‘hidup’ kerana banyak kedai-kedai yang menyediakan sajian barat dan tempatan dibuka untuk kemudahan pelancong. 
PenginapanImpiana Resort Cherating,  Holiday Villa Cherating, Club Med Cherating, Mega View Hotel, Payung Guesthouse.


P/S: Admin hanya selitkan beberapa gambar pantai-pantai berkenaan hasil carian di Google tetapi sumber asalnya bacaan adalah dari; libur.karangkraf.com