Monday, 21 September 2015

[ DESTINASI PERCUTIAN ] 17 LOKASI MENARIK DI PULAU JEJU




Seperti sedia maklum Pulau Jeju antara pulau yang terkenal di Korea Selatan. Selalu kita terbaca tempat menarik di Bandar Seoul sahaja kan? Jom baca 17 LOKASI MENARIK DI PULAU JEJU untuk anda kunjungi! SELAMAT MEMBACA! (:





1. Yongmeori Coast

Yongmeori Coast merupakan tebing tinggi di sepanjang laluan tepi laut. Tebing dengan jaluran semulajadi di permukaannya ini terhasil daripada hakisan angin sejak ribuan tahun hingga membentuk tebing yang curam dan berjalur, menjadikan kawasan ini lokasi yang digemari oleh pencinta alam semula jadi.
Para pelawat berpeluang untuk melihat Duyung Pulau Jeju yang dikenali juga sebagai ‘Haenyo’ yang menjual hasil tangkapan mereka seperti gamat, sotong dan hasil laut di sepanjang pesisir pantai di sini.
Walaubagaimana pun, kawasan ini ditutup kepada pelawat sewaktu cuaca buruk dan ketika air pasang.
pulau-jeju-1
pulau-jeju-2
pulau-jeju-3

2. Hallasan Mountain

Gunung Hallasan terbentuk daripada letusan volcano di Pulau Jeju dan sering dianggap mewakili pulau itu sendiri. Di kalangan masyarakat tempatan ‘Hallasan’ adalah Jeju dan Jeju adalah ‘Hallasan’.
Merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan, terdapat 368 gunung-gunang yang lebih kecil dan rendah di sekeliling Gunung Hallasan yang dipanggil Oreums (puncak gunung).
Lawatan ke sini adalah percuma dan tiada bayaran masuk dikenakan kepada para pendaki di gunung ini. Walaubagaimanapun, pendakian di Gunung Hallasan hanya dibenarkan pada siang hari dan pendaki dikehendaki turun semula sebelum matahari terbenam.
Meskipun Gunung Hallasan yang setinggi 1950m adalah yang tertinggi di Korea, ia adalah gunung yang mudah untuk didaki. Kebanyakan pendaki berjaya sampai ke puncak dan turun semula dalam masa sehari.
Para pendaki akan dihidangkan dengan pemandangan tasik daripada kawah gunung dan pemandangan di sekitar pulau Jeju yang menakjubkan dari puncak gunung ini.
pulau-jeju-6
pulau-jeju-5  pulau-jeju-7
pulau-jeju-10
pulau-jeju-11
pulau-jeju-8
pulau-jeju-9
pulau-jeju-4

3. Sanbangsan

Gunung Sanbangsan terbentuk daripada aktiviti letusan gunung berapi aktif pada kira-kira 700,000 hingga 800,000 tahun dahulu.
Makna bagi ‘Sanbang’ itu sendiri bermaksud gua dia dalam gunung kerana di gunung ini terdapat gua yang terletak pada ketinggian 150 daripada aras laut selain menyajikan pemandangan yang indah.
Penanaman bawang putih dan bawang merah dijalankan secara meluas di sekitar pergunungan Sanbangsan.
pulau-jeju-12
pulau-jeju-13
pulau-jeju-14
pulau-jeju-15
INILAH POKOK BAWANG PUTIH

4. Seopjkoji

Seopjkoji merupakan teluk yang terletak di sebelah timur Pulau Jeju, berhampiran dengan Seongsan Ilchulbong dan Pulau Udo.
Seopjikoji menyajikan pemandangan yang indah di sepanjang pesisir pantai di sini terutama di musim bunga. Berbeza dengan kawasan teluk lain di Pulau Jeju, Seopjikoji terbentuk daripada debu gunung berapi berwarna merah yang dipanggil ‘songyi’.
Seopjikoji telah dijadikan antara lokasi kegemaran bagi penggambaran drama dan filem Korea antaranya drama popular Korea ‘All-in’.
pulau-jeju-16
pulau-jeju-17
pulau-jeju-18
pulau-jeju-19

5. Seongsan Ilchulbong

Juga dikenali sebagai Seongsan Sunrise Peak, lokasi ini telah diiktiraf antara 7 keajaiban dunia dan merupakan tapak warisan pertama di Korea yang di iktiraf UNESCO bersama dengan Manjanggul Lava Tunnel.
Seongsan Ilchulbong muncul di permukaan lautan selepas letusan gunung berapi lebih 100,000 tahun dahulu. Terletak di hujung timur Pulau Jejudo, terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seongsan Ilchulbong Peak.
Keluasan kawah adalah 600m lebar dan 90m tinggi. Dikelilingi oleh 99 batu tajam di sekitarnya menjadikan kawah ini kelihatan seperti mahkota semulajadi yang menarik.
pulau-jeju-20
pulau-jeju-21
pulau-jeju-22
pulau-jeju-23
pulau-jeju-24

6. Sangumburi Crater

Sangumburi adalah satu lagi kawah yang terbentuk dari letusan volcano. Tidak seperti Hallasan dan Songsan Ilchulbong, Sangumburi meletus dengan pantas tetapi tidak mengeluarkan lava dan debu yang banyak. Pembentukan kon juga adalah kurang di sekelilingnya.
Fenomena ini digelar maru di Korea dan Sangumburi adalah satu-satunya yang terdapat di negara ini. Masa terbaik untuk mengunjungi lokasi ini adalah di musim musim luruh dan musim sejuk. Bayaran masuk ke sini adalah 6000won.
pulau-jeju-25
pulau-jeju-26
pulau-jeju-27
pulau-jeju-28

7. Jusangjeolli Columnar Daepo

Jusangjeolli Cliffs terbentuk antara 250,000 ke 140,000 tahun lalu apabila gunung berapi Hallasan masih aktif.
Menurut ahli kaji bumi, sewaktu tempoh Pleistocene Period (Pleistocene Period), cecair lava yang mengalir daripada gunung yang sedang meletus telah meluncur ke laut. Sebaik saja lava ini menyentuh permukaan air yang sejuk, ia menjadi keras dan membeku.
Apa yang menarik tentang batu-batuan di sini adalah bentuk heksagon yang hampir sempurna di setiap sudut seperti ditempa dengan tangan. Malahan bentuk heksagon di Giant’s Causeway di Utara Ireland juga tidak sesempurna bentuk heksagon yang terdapat di sini.
pulau-jeju-29
pulau-jeju-30
pulau-jeju-31

8. Cheonjeyeon Waterfall

Tak jauh daripada Jusangjeolli Cliff terdapat air terjun yang terkenal di Pulau Jeju iaitu Cheonjeyeon Waterfall.
Merupakan air terjun 3 tingkat yang terletak di Jungmun, tingkat pertama daripada air terjun ini mengalir daripada bumbung gua. Meskipun kelihatan cetek, kedalaman air di sini adalah 22 meter. Oleh itu para pelawat tidak dibenarkan untuk berenang di air terjun ini.
pulau-jeju-32
pulau-jeju-34
pulau-jeju-33

9. Manjanggul Cave

Manjanggul Cave merupakan terowong lava paling menarik di dunia. Terbentuk sejak 2.5 juta tahun dahulu, terowong ini kaya dengan berbagai bentuk batuan seperti stalagmite yang panjang dan lorong yang terbentuk daripada lava letusan gunung berapi.
Panjang terowong ini adalah 14,422m. Namun begitu hanya 1km daripadanya dibuka kepada para pelawat. Terdapat satu gua di sini yang mana di dalamnya terdapat seketul batu berbentuk penyu (Turtle Stone) yang berbentuk seperti Pulau Jeju.
Pelawat dinasihatkan membawa baju sejuk sewaktu berkunjung ke sini kerana suhu di dalam terowong yang rendah dan sejuk. Pemakaian kasut yang sesuai juga penting bagi mengelakkan anda terjatuh sewaktu meneroka terowong yang licin dan gelap.
pulau-jeju-35
pulau-jeju-36

10. Woljeong Beach

Pantai Woljeong merupakan salah satu daripada pantai yang berpasir putih bersih di Pulau Jeju. Kunjungan ke pantai ini pada ketika matahari memancar terang memberikan pemandangan menarik terutama kepada warna air laut.
Menghidangkan pemandangan menarik terutama bagi mereka yang gemar mengambil gambar, di pantai ini juga terdapat banyak café di sepanjang jalan pesisir pantai. Dari pantai ini anda akan dapat melihat kincir angin dan pemandangan kawasan luar bandar yang menarik.
pulau-jeju-37
pulau-jeju-38
pulau-jeju-39
pulau-jeju-40

11. Udo Island

Terletak berhampiran Seongsan Ilchulbong, Pulau Udo boleh dikunjungi dengan menaiki feri selama 15 minit dari Seongsan Port ke pulau ini.
Tambang feri adalah 5500won untuk 2 hala. Aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini adalah menunggang basikal, ATV atau anda juga boleh mengambil tour1 hari dengan bas.
Meluangkan masa selama 1 hari sudah cukup untuk anda menjelajah ke seluruh pulau ini. Tarikan utama di pulau Udo adalah pantainya yang cantik, Seobin Baeksa yng sering dipaparkan di dalam filem, pasir jerlus, tradisi menyelam tanpa peralatan oleh penyelam wanita tempatan dan juga warisan sejarah.
pulau-jeju-41
pulau-jeju-42
pulau-jeju-43
pulau-jeju-44
pulau-jeju-45
pulau-jeju-46

12. Jeju National University

Jeju National University merupakan satu daripada 3 universiti yang terdapat di Pulau Jeju. JNU terkenal sebagai lokasi yang menarik untuk dilawati di musim bunga sakura (akhir Mach hingga awal April).
Di pintu masuk ke JNU telah ditanam dengan pokok sakura sepanjang 500 meter menjadikan pemandangan di sini sangat menarik apabila bunga-bunga sakura mula berkembang.
pulau-jeju-47
pulau-jeju-48
pulau-jeju-49

13. Jeju Haenyo Museum

Haenyeo merujuk kepada penyelam wanita yang boleh menyelam tanpa menggunakan tangki oksigen dan peralatan menyelam untuk menangkap ikan, ketam, rumpai laut, kerang dan karangan laut.
Haenyeo boleh menyelam sehingga ke kedalaman 20 meter dengan hanya memakai goggles dan mengikat tiub berbentuk bulat seperti bola dikeliling pinggangnya untuk memberikan imbangan sewaktu menyelam. Bakul turut dibawa bersama untuk mengisi hasil tangkapan. Wanita yang terlibat di dalam aktiviti begini boleh ditemui di beberapa lokasi di sekitar Pulau Jeju.
pulau-jeju-50
pulau-jeju-51
pulau-jeju-52

14. Songeup Folk Village

Terletak di Mr Halla di Jeju, Seongeup Folk Village adalah pekan kecil yang memaparkan budaya unik di pulau ini seperti batu hitam dari gunung berapi yang bersepah di sekitar sini dan diletakkan juga di rumah penduduk tempatan.
Salah satu daripada batu hitam ini telah diukir dengan patung harubangs, iaitu patung seorang lelaki tua. Sebatang pokok yang terdapat di tengah-tengah perkampungan ini juga dipercayai berusia ratusan tahun.
pulau-jeju-53
pulau-jeju-54
pulau-jeju-55

15. Mysterious Road

Jalan paling misteri di Pulau jeju atau dikenali juga sebagai Dokkaebi Road terletak di kaki gunung. Dipanggil sebagai jalan misteri kerana apa saja objek termasuk kereta dan bas boleh bergerak ke arah bukit meskipun enjin telah dimatikan dan gear diletak pada mod Neutral.
Bagi cecair pula, ia akan mengalir mendaki bukit dan bukannya mengalir ke bawah seperti mana ditempat lain. Hakikatnya ini bukanlah magik tetapi disebabkan oleh ilusi optikal dan suasana di sekeliling yang menjadikan mereka yang berada di sini melihat semua objek bergerak ke arah bukit, meskipun sebenarnya objek tersebut bergerak menurun.
pulau-jeju-56

16. Orange Farms

Ladang buah oren adalah satu lagi perkara yang sangat sinonim dengan Pulau Jeju. Penanaman buah oren dijalankan di serata Pulau Jeju dan hampir semua rumah di pulau ini memiliki ladang oren sendiri.
Malahan jika anda ke sini, anda boleh berpeluang melihat pokok oren di tengah-tengah bulatan jalan (roundabout!) Ada beberapa jenis buah oren tetapi yang paling terkenal di sini adalah Halabong. Dan buah-buah oren ini juga dijadikan coklat oleh orang-orang di sini.
pulau-jeju-57
pulau-jeju-58
pulau-jeju-59

17. Jeongbang Waterfall

Airterjun Jeongbang adalah satu-satunya airterjun di Asia yang terus terjun ke laut. Terletak di bandar Seogwipo, bayaran masuk ke kawasan air terjun ini adalah 2000won.
pulau-jeju-60
pulau-jeju-61
Rupanya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai di Pulau Jeju terutama bagi mereka yang suka menikmati keindahan dan keunikan alam.
Pastinya ramai yang teringin ke Pulau Jeju dan merasai sendiri pengalaman berada di lokasi-lokasi menarik di atas. Kini bolehlah anda mula survey hotel bajet yang terdapat di Pulau Jeju pula.
SUMBER : thevocket.com





























No comments:

Post a Comment