Monday, 1 February 2016

[ INFO TRAVEL ] 22 AKTIVITI MENARIK KETIKA MELANCONG KE CAPPADOCIA


INFO TRAVEL!
22 AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH ANDA LAKUKAN KETIKA MELANCONG KE CAPPADOCIA

Cappadocia merupakan satu lokasi yang menawarkan bentuk muka bumi yang unik. Terletak di bahagian tengah Turki, Cappadocia sebenarnya adalah satu wilayah yang besar  dan terdapat 9 bandar utama di wilayah yang terdiri daripada :
i) Nevşehir — merupakan bandar utama bagi wilayah Cappadocia
ii) Ürgüp — bandar terbesar di Cappadocia. Aktiviti perniagaan banyak dijalankan di sini. Satu ketika dulu Urgup merupakan destinasi pelancongan utama di Cappadocia tapi kini tidak lagi kerana ramai yang lebih suka ke Goreme.
iii) Göreme — inilah lokasi yang terdapat banyak rumah gua kerana bentuk mukabuminya. Kerana keunikan ini juga Goreme menjadi tumpuan utama pelancong dan traveller untuk melihat dan merasai pengalaman berbeza.
iv) Uçhisar — bandar tertinggi di daerah ini.  Pernah menjadi lokasi kediaman dan pertahanan tertinggi bagi daerah ini.
v) Avanos — bandar yang terkenal dengan industri membuat periuk tembikar (pottery).
vi) Ortahisar — satu lagi daerah yang lebih kecil yang memiliki istana batu di puncak bukit, sama seperti Uchisar.
vii) Mustafapaşa — merupakan perkampungan lama Greek.
viii) Guzelyurt — juga merupakan perkampungan lama Greek di Cappadocia. Di sini terdapat kota bawah tanah (underground cities), gereja St. Gregorius, gereja Red Church, dan lembah Monestary (ie Monestary valley).
ix) Ihlara Valley — merupakan lembah (canyon) paling dalam di Cappadocia.
travel-ke-cappadocia-62
Berada di Cappadocia buat kita rasa seperti sedang berada di dunia asing kerana keunikan bentuk muka buminya.
travel-ke-cappadocia-7
Melihat view sekitar Goreme, Cappadocia daripada salah satu bumbung bangunan yang masih dalam pembinaan di sini. Kami dapat naik ke atas sebab ada tangga kat tepi bangunan yang dibina bersambung dengan gua batu. Nak buat hotel gua jugalah ni agaknya.
Letusan gunung berapi besar daripada Mount Erciyes dan Mount Hasan yang berlaku ribuan tahun dulu telah merubah lanskap di Wilayah Cappadocia dan menghasilkan bentuk mukabumi yang unik.
Hakisan oleh angin, air, perubahan cuaca dan kesan gempa bumi pula telah menghasilkan berbagai bentuk batu yang pelik membuatkan rasa seperti berada di dunia lain. Warnanya batu-batu di sini juga berubah-ubah daripada putih, merah jambu, hijau dan kuning.
Lokasi popular di Cappadocia yang sering dikunjungi para traveller pada masa kini adalah Goreme dan beberapa bandar sekitarnya kerana di sinilah berbagai jenis batu-batuan unik ini berada.
Sewaktu ke Turki baru-baru ini saya telah berpeluang menghabiskan masa selama 6 hari di Cappadocia, tanpa guide dan pemandu pelancong. Semuanya dirancang sendiri termasuk penginapan, pengangkutan dan aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di sini.
Saya kongsikan di sini beberapa aktiviti berikut sebagai rujukan jika anda juga mahu travel ke Cappadocia.  Okey, jom kita mulakan.
1. Mengunjungi Goreme Open Air Museum – bayaran masuk 25 Lira.
SONY DSC
Pada tahun 1984 Kerajaan Turki telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan dengan UNESCO bagi memelihara tinggalan sejarah yang terdapat di seluruh Turki.
Antara yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Sejarah UNESCO adalah gereja-gereja lama yang dibina di dalam gua di sekitar Goreme.
SONY DSC
Antara yang unik di Goreme, Cappadocia – menara semula jadi yang terjadi daripada hakisan angin, air dan perubahan cuaca.
Merupakan Tapak Warisan Sejarah UNESCO, di sini terdapat tinggalan  gereja purba yang dibina di dalam gua-gua batu.
Goreme Open Air Muzeum menawarkan koleksi terbaik lukisan di bumbung dan dinding gereja di rantau ini. Tiket masuk ke Open Air Muzeum adalah 25 Lira seorang.
2. Meneroka lembah bertentangan dengan Goreme Open Air Muzeum – percuma.
travel-ke-cappadocia-18
Salah satu view di lembah bertentangan dengan Goreme Open Air Muzeum.
travel-ke-cappadocia-20
View dari dalam salah satu gereja lama. Saya sempat bertanya kepada seorang penduduk di sini bernama Mustafa apa yang berbeza di Open Air Muzeum berbanding lembah yang bertentangan dengan muzium ini?
Jawab Mustafa, bezanya hanyalah di dalam muzium ada lebih banyak gereja purba berbanding di bahagian luar. Dari segi pemandangan, gua, batu-batuan dan muka bumi hampir sama saja.
Saya ingat nama dia sebab sama dengan nama Mustafa Kamal Attaturk.
Jika tak ada bajet nak masuk Goreme Open Air Muzeum dan mahukan sesuatu yang percuma dengan pemandangan yang hampir sama, bolehlah ke lembah yang terletak berhadapan dengan Goreme Open Air Muzeum. Dan sebenarnya inilah yang telah saya lakukan. Haha!
Lokasi lembah yang terletak di seberang jalan muzium ini juga tak kalah dari segi keunikannya. Memiliki sejarah yang sama, lembah ini turut memiliki gereja-gereja lama yang dibina oleh penganut Kristian terawal di sini satu ketika dulu. Lembah ini juga menjadi laluan untuk ke Red Valley dan Rose Valley.
Oleh kerana Goreme Open Air Muzeum adalah tarikan utama, semestinya ramai pelancong yang berkunjung ke sini. Berbeza di lembah bertentangan, saya bukan saja tak perlu bersesak dengan pengunjung lain tetapi juga boleh bergambar sakan dengan berbagai aksi tanpa adanya photobomb daripada para pengunjung yang boleh buat gambar nampak spoil. Haruslah saya suka.
3. Hiking di Red Valley dan Ros Valley- percuma
travel-ke-cappadocia-23
Red valley di belakang dan Rose Valley di depan. Macam mana nak kenal dan bezakan Red Valley dan Rose Valley? Cuba lihat bentuk batu-batu di bahagian depan tu? Macam kuntuman bunga ros kan? Sebab tu dipanggil Rose Valley.
Red Valley dan Ros Valley adalah lembah yang unik kerana warna batu-batu di sini berubah daripada oren ke merah bergantung kepada kedudukan matahari.
Di siang hari batu-batu di sini berwarna oren tetapi ketika matahari terbenam ia bertukar warna menjadi kemerahan dan warnanya menjadi lebih jelas.
Cara ke Red Valley dan Ros Valley adalah dengan melalui kawasan lembah yang terletak di seberang jalan berdepan dengan Goreme Open Air Museum. Hanya perlu ke seberang jalan dan mulakan perjalanan anda.
4. Berkunjung ke Zelve Open Air Museum – 8 Lira untuk masuk ke muzeum dan 7 Lira lagi jika nak masuk ke dalam gereja lama di sini.
Satu lagi menara semulajadi yang ditemui semasa on the way ke Zelve Muzeum. Sebenarnya Zelve Muzeum tak jauh dari Pasabag. Jika ada masa, lepas ke Pasabag boleh terus ke Zelve Muzeum.
travel-ke-cappadocia-21
Antara pemandangan di bahagian luar Zelve Muzeum. Masa tak mengizinkan untuk saya explore Zelve Muzeum dengan lebih lama.
Saiz muzeum ini adalah 4 kali ganda lebih besar daripada Goreme Open Air Museum. Memiliki 3 lembah dan berkeluasan 1.5km, muzeum ini kurang menerima kunjungan pelancong berbanding Goreme Open Air Museum.
Menariknya tentang Zelve, ia merupakan perkampungan lama yang pernah didiami bersama secara harmoni oleh penduduk beragama Islam dan orang-orang Greek beragama Kristian sehingga tahun 1924.
Kemudiannya penduduk beragama Kristian (yang terdiri daripada orang-orang Greek ini) dipindahkan ke Greece dan tinggalkan kampung halaman mereka buat selama-lamanya melalui program pertukaran orang-orang Turki dan Greek dimeterai oleh Kerajaan Turki dan Kerajaan Greece.
The Convention concerning the Exchange of Greek and Turkish populationssebenarnya merupakan pertukaran berdasarkan agama dan bukannya berasaskan etnik.
Kira-kira 1.3 juta orang-orang Greek yang merupakan penganut Kristian Ortodoks dari Empayar Uthmaniyyah dipindah ke Greece. Sebagai pertukaran, lebih daripada 350 ribu umat Islam yang tinggal di Greece pula telah dipindah ke Turki.
Kenapa pula adanya pertukaran seperti ini? Ia kerana berlakunya pertumpahan darah yang melibatkan pertembungan antara 2 agama ini di Turki pada ketika itu.
Kemudiannya pada tahun 1952, perkampungan Zelve diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan Turki dan penduduknya dipindahkan ke perkampungan Aktepe.
Sebelum kerajaan Turki mengambil alih Zelve, pernah terjadi 3 orang penduduk yang menetap di sini meninggal dunia kerana ditimpa oleh bumbung dan dinding rumah gua mereka yang runtuh disebabkan oleh hakisan.
5. Naik hot air balloon – EURO 95 hingga EURO 170
SONY DSC
Indahnya dunia kat sini. Dapat lihat gereja purba yang terletak di celah batu dan di dalam gua. Dapat lihat bentuk muka bumi Cappadocia yang unik. Dan…
travel-ke-cappadocia-5
Dapat lihat hot air balloon yang berterbangan di udara. Boleh terlupa dengan cuaca yang sejuk.
travel-ke-cappadocia-4
Harga paling murah yang berjaya saya semak sewaktu di sini adalah EUR 95. Biasanya untuk pakej dengan harga begini perlu naik beramai-ramai dalam 1 bakul sehingga 35 orang. Jika naik pakej begini cubalah dapatkan spot di bahagian paling tepi, barulah dapat view menarik.
Hot air balloon adalah antara aktiviti paling menarik di Goreme, Cappadocia. Jika ke sini jangan lepaskan peluang untuk naik belon panas sambil menikmati pemandangan indah dan unik Cappadocia dari atas.
Namun jika angin bertiup terlalu kencang, kemungkinan besar penerbangan hot air balloon dibatalkan atas faktor keselamatan.
Pakej yang banyak ditawarkan di internet bagi hot air balloon adalah sekitar EUR 110 hingga EURO 170, bergantung kepada saiz bakul. Lagi kecil saiz bakul lagi mahal harganya kerana jumlah penumpang yang naik adalah lebih sedikit dan tidak perlu bersesak-sesak.
Bagi saya dan keluarga, kami berjaya dapatkan pakej untuk bakul kecil pada harga sama dengan saiz bakul sederhana. Kami dapat diskaun sebab tuan punya hotel tempat kami menginap adalah pilot hot air balloon. Jumah yang naik bakul hot air balloon bersaiz sederhana adalah seramai 16 orang.
6. Melihat matahari naik (sunrise) – percuma
travel-ke-cappadocia-23.4pg
Bila langit mula mempamerkan warna ‘gila’ begini siapa saja boleh tertawan. Apatah lagi bila turut dihiasi belon yang berterbangan di udara. Suasana macam ni selalunya tak lama.
Terpesona.  Langit dah mula nak cerah.
travel-ke-cappadocia-25
Ini real punya tau, bukan edit. Haha! View macam ni kita hanya akan dapat jika ke panorama view point dan berada di tempat yang betul. Tak semua orang dapat spot untuk gambar macam ni.
Tak ada bajet nak naik hot air balloon? Janganlah sedih. Pergi saja ke panorama view point terdekat dengan hotel dan nikmati pemandangan indah di waktu pagi  di Goreme.
Biasanya setiap pagi langit Goreme akan dihiasi dengan belon panas yang berterbangan di udara. Dan pemandangannya memang sangat menarik.
Terdapat beberapa panorama view point di Goreme yang boleh dijadikan spotmenarik untuk lihat sunrise.
Macam mana nak tau di mana lokasi panorama view point terdekat? Tanya saja pada hotel tempat anda menginap, dorang mesti tahu punya.
Yang penting mesti bangun awal pagi, pakai baju yang sesuai (terutama jika ke Cappadocia di musim sejuk) dan terus ke panorama view point.
Dari segi pemandangan di panorama view point juga tak kalah cantiknya. Cuma bezanya tak dapatlah lihat batu-batu unik dan gua dari view atas macam naik hot air balloon.
7. Lihat matahari terbenam – percuma
travel-ke-cappadocia-27
Pemandangan Rose Valley dan Red Valley sewaktu matahari terbenam. Warna kedua-dua lembah ini bertukar menjadi kemerahan dan lebih jelas di waktu ini. Nampak bulan di langit tu? Dan sayup di belakang sana adalah Mount Erchiyes.
travel-ke-cappadocia-28
Ini pula Love Valley, berada di dasar lembah. Jika nak lamar kekasih di Cappadocia dengan cara yang unik mungkin di sinilah tempat yang paling sesuai.
Sesuatu yang tak wajar dilepaskan jika berkunjung ke Cappadocia adalah melihat panorama indah sewaktu matahari terbenam di Love Valley, Red Valley dan Rose Valley. Sekali lagi, pergi lah ke panorama view point kerana pada waktu inilah kita berpeluang melihat Rose Valley dan Red Valley bertukar warna daripada oren kepada merah dan menjadi lebih jelas.
Pemandangan sewaktu matahari terbenam di Cappadocia juga sangat cantik dan unik.
8. Berkunjung ke pasar tani di Goreme – percuma (silap gaya dapat makanan percuma juga, hehe)
travel-ke-cappadocia-57
Suasana pasar tani di Goreme.
travel-ke-cappadocia-58
Selain di Goreme, saya berpeluang ke pasar tani sekali lagi iaitu di Gulagac sewaktu dalam perjalanan ke Ihlara Valley. GPS telah membawa kami kelaluan yang ditutup pada hari tersebut kerana adanya pasar tani.
Apa lagi, terus singgah dan lihat apa yang menarik di sini.
Gambar: Kuaci yang dijual di pasar tani. Main lambak dalam besen besar je. Baru tahu orang Turki suka makan kuaci rupanya.
travel-ke-cappadocia-59
Paling best orang-orang di pasar ni sangat sporting. Mereka nampak saya bawa kamera dan snap gambar dari jauh. Bila dah dekat ada yang panggil dan suruh saya tangkap gambar mereka.
Lepas snap gambar, dibungkusnya pula makanan untuk saya rasa. Inilah antara momen yang buat saya jatuh hati dengan Cappadocia.
Jika kebetulan anda berada di Goreme pada hari rabu, jangan lepaskan peluang untuk ke pasar tani yang terletak tak jauh daripada stesen bas dan teksi Goreme.
Sesuatu yang istimewa tentang hasil tani di Cappadocia ialah semua hasil tanaman di sini adalah organik dan bebas daripada bahan kimia.
Malahan jika ada mana-mana petani yang didapati menggunakan racun serangga, lesen untuk menjual hasil tani mereka akan di tarik balik seumur hidup. Ia merupakan satu undang-undang yang ketat.
Sesuatu yang juga istimewa tentang Cappadocia adalah tanahnya yang subur kerana ia terhasil daripada debu gunung berapi pada ribuan tahun dulu.
Para petani di sini juga menggunakan baja semulajadi daripada najis burung merpati menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan di sini lebih manis dan sedap berbanding di daerah lain di Turki.
9. Tinggal di hotel gua di sekitar Goreme (fairy chimney)
travel-ke-cappadocia-11
View salah satu hotel gua yang terdapat di Cappadocia dengan sentuhan moden. Rumah gua di Cappadocia dikenali sebagai Fairy Chimney.
travel-ke-cappadocia-12
Yang ni bukan hotel ye. Tapi reban ayam dalam gua. Untung lah kau ayam dapat dok dalam reban unik macam ni.
Ia satu pengalaman unik dan mungkin juga akan buat kita terbayang kisah sejarah di sini dulu sewaktu di awal perpindahan para penganut Kristian ke daerah Cappadocia.
Sehingga kini masih ramai penduduk di Goreme dan sekitarnya yang menjadikan gua sebagai kediaman mereka tetapi dengan gaya yang lebih moden. Gua di sini juga turut dijadikan hotel.
Fairy chimney (gua batu) di Cappadocia turut dijadikan sebagai pejabat (atau balai) pasukan keselamatan yang dikenali sebagai Jandarma.
travel-ke-cappadocia-2
Jandarma Office – probably one of the coolest Arm Forces office in the word!
Jandarma adalah satu daripada cabang Angkatan Tentera Turki yang bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam di kawasan yang berada di luar bidang kuasa pasukan polis (biasanya di kawasan luar bandar).
10. Berkunjung ke Pasabag – percuma
travel-ke-cappadocia-10
Kat Pasabag ni jika sekadar nak datang sekejap boleh, nak meneroka sampai ke belakang dan habiskan masa sampai 2 ke 3 jam pun boleh. Kat bahagian depan ada jalan berturap. Kat belakang sana jalannya tak berturap tapi turut menawarkan view yang menarik dan dikira sebagai road less traveled kerana tak ramai yang meneroka hingga jauh ke belakang.
travel-ke-cappadocia-13
Inilah cabaran kami masa kat sini. 2 ekor anjing ni jinak sangat. Dok mengikut je sambil nak gesel-geselkan badan. Sebenarnya depa 2 ekor ni nak mintak aiskrim kami. Tak jadi nak jalan kat sini lama-lama. Huhu.
Oleh kerana terdapat berbagai bentuk batuan di Cappadocia, Pasabag merupakan satu lagi lokasi yang tak patut dilepaskan. Batu-batuan di sini juga unik dan berbeza berbanding di lokasi lain di sekitar Goreme. Dah tentu gereja purba dalam gua pun ada kat sini.
11. Berimaginasi di Devrent Valley – percuma
SONY DSC
Tarikan utama kat sini adalah batu bentuk unta ni. Siap kena pasang pagar. Tak ada peluang lah nak bergambar dekat-dekat.
travel-ke-cappadocia-61
Yang ni macam bentuk loceng.
Devrent Valley juga dikenali sebagai imagination valley. Bentuk-bentuk batu di sini unik dan berbagai rupa. Dan boleh main teka-teka ini bentuk apa, itu bentuk apa. Tiada bayaran masuk dikenakan dan pemandangan di sini juga menarik.
12. Meneroka Pigeon Valley dan Love Valley – percuma
travel-ke-cappadocia-14
Inilah Pigeon Valley. Gua-gua di lereng bukit di sini masih dijadikan tempat tinggal oleh penduduk di sini.
SONY DSC
Masa turun ke Pigeon Valley terserempak dengan kuda-kuda jinak ni. Masa berjalan naik dari lembah ni bertembung pula dengan tuan kuda yang datang dengan anjing dia yang besar. Terus jalan ke tepi pelan-pelan.
Macam faham-faham je, tuan dia cakap sambil senyum – tak pe, anjing dia tak garang (agaknya lah, dari gaya bahasa tubuh dia. Nak faham bahasa Turki yang dia tuturkan memang tak lah jawabnya).
Istilah Fairy Chimney di sini diambil daripada bentuk gua dan batu-batuan berbentuk seperti kon yang terdapat di Pigeon Valley. Terletak di lereng bukit Uchisar, Pigeon Valley boleh diterokai selepas mengunjungi Uchisar.  Tiada bayaran masuk dikenakan.
travel-ke-cappadocia-29
Lepas turun ke Pigeon Valley separuh jalan, hujan turun dan angin pun bertiup agak kencang. Jadi hasrat nak hiking hingga ke Love Valley terpaksa dibatalkan. Ditambah pula waktu siang yang singkat, dah nak masuk musim sejuk.
Love Valley pula boleh dikunjungi selepas Pigeon Valley kerana laluan kedua-dua lembah ini bersambung. Keunikan Love Valley adalah pada bentuk batu-batuannya yang kelihatan seperti gambar di atas. Lembah cinta lah katakan. Hehe.
13. Meneroka kota bawah tanah (Undergound city) – bayaran masuk 20 Lira
travel-ke-cappadocia-30
Gambar: Salah satu ruang di dalam underground city yang dijadikan bilik darjah (atau kelas).
Kami berpeluang ke Derinkuyu Underground City. Memandangkan kami pergi sendiri tanpa tour guide, plan asalnya kami nak diam-diam je ikut mana-mana group tour guide yang masuk ke sini.
travel-ke-cappadocia-38
Tapi selepas masuk ke dalam, tiba-tiba kami disapa seorang lelaki Turki yang boleh berbahasa Inggeris. Kemudian beliau tawarkan diri untuk jadi tourguide kami di underground city ni. Bayaran ikut suka hati. Jika tak puas hati jangan bayar, katanya.
Oh ya, lokasi underground city ni dalam 45 minit memandu dari Goreme. Boleh ikut mana-mana pakej tour yang ada di Goreme jika tak sewa kereta.
Sehingga kini diwartakan terdapat 36 kota bawah tanah di sekitar Cappadocia. Tapi yang paling popular dan dikunjungi ramai adalah Derinkuyu Underground City dan Kaymakli Underground City.
Kedua-dua kota bawah tanah ini adalah bersambung dan telah diistiharkan sebagai tapak warisan sejarah dunia UNESCO (UNESCO historical world herritage).
Ribuan tahun dahulu kota bawah tanah dibina oleh penduduk di sini untuk tujuan perlindungan daripada musuh, peperangan dan juga sewaktu bencana alam.
Terbaru, kerajaan Turki telah mengumumkan penemuan satu lagi underground city yang bakal mengubah lanskap sejarah Cappadocia sekali lagi.
Dipercayai kota bawah tanah yang baru ditemui ini bukan saja lebih besar daripada kota bawah tanah lain yang sedia ada, tetapi juga menjadi kota bawah tanah yang diduduki secara tetap, mempunyai pasar, sekolah, dan juga industri pengeluaran – Hurriyet Daily News.
Secara peribadi saya kagum dengan kesungguhan kerajaan Turki dalam menjaga warisan sejarah. Kota bawah tanah ini ditemui selepas bangunan lama di satu kawasan di Nevsehir diruntuhkan bagi tujuan pembangunan dan pemodenan bandar. Dan ia ditemui sewaktu kerja-kerja mengorek bagi pembinaan bangunan baru di atas tanah yang sama dilakukan.
Sebaik saja kota bawah tanah ini ditemui, segala kerja pembangunan dihentikan dengan serta merta. Sebaliknya kerja-kerja menggali bagi tujuan kajian sejarah (excavation works) pula dimulakan.
Memetik ulasan oleh datuk bandar Nevsehir di Ancient-Origins.net, meskipun telah membelanjakan 90 juta Lira untuk kerja-kerja pembangunan yang kemudiannya terpaksa dipindahkan ke lokasi lain, ia tidak dianggap sebagai satu kerugian kerana penemuan penting ini.
Terdetik di hati, alangkah bagusnya jika kerajaan Malaysia juga mempunyai pendekatan yang sama apabila melibatkan penemuan lokasi bersejarah di negara ini.
Apatah lagi apabila saya melihat sendiri semangat nasionalis yang menebal di kalangan rakyat Turki. Bendera negara mereka dikibarkan di serata tempat. Boleh dilihat di mana-mana. Serius saya cemburu dengan mereka tentang hal yang satu ini.
14. Melawat Caravanserai – bayaran masuk 5 Lira
SONY DSC
Saruhan Caravanserai. Selain dibuka untuk lawatan di siang hari, ia turut mengadakan petunjukan tarian Sufi di waktu malam.
Gambar: Inilah pentas tarian Sufi (sema) yang akan dipertontonkan kepada pengunjung di sini.
travel-ke-cappadocia-43
Kat sinilah para pedagang dari laluan Sutera duduk berehat sambil menjalinkan networking sesama mereka satu ketika dulu.
Tidak lengkap rasanya trip ke Turki jika tidak berkunjung ke salah satu daripada caravanserai yang terdapat di Turki.
Cappadocia sendiri merupakan antara laluan sutera yang menjadi penghubung para pedagang di Asia Tengah dan Timur Tengah sejak ribuan tahun dulu.
Lokasi caravanserai terdekat dengan Goreme adalah Saruhan Caravanserai yang terletak di Avanos. Sebaik saja masuk ke Saruhan Caravanserai, serasa terbayang bagaimana para pedagang zaman dahulu singgah untuk berehat seketika di sini sebelum meneruskan perjalanan mereka bersama barang dagangan.
Terdetik di hati pastinya caravanserai juga menjadi meeting point dan pusatnetworking bagi para pedagang dalam usaha untuk meluaskan jaringan perniagaan mereka pada ketika itu.
15. Tinggal di rumah gua di Uchisar.
travel-ke-cappadocia-50
View dari depan hotel tempat kami menginap.
travel-ke-cappadocia-51
Ini view semasa nak turun ke Pigeon Valley.
Uchisar merupakan lokasi tertinggi di Cappadocia yang pernah di diami oleh penduduk di Nevsehir. Dari lokasi ini dapat dilihat lembah-lembah di sekitarnya terutama Goreme, Avanos, Ortahisar dan beberapa bandar lain.
Jika menginap di sini, pastikan dapat booking bilik yang mengadap ke lembah. Barulah dapat nikmati pemandangan menarik sepanjang menginap di sini.
16.  Melihat matahari naik (sunrise) dari Uchisar Castle – 5 Lira jika naik ke hingga ke puncak. Percuma jika hanya di luar castle.
travel-ke-cappadocia-46
Hisar bermaksud istana dalam bahasa Turki. Jadi dalam kes ni, nama istana ni adalah Istana Uc (UcHisar).
travel-ke-cappadocia-47
View masa sunrise dari puncak Uchisar. Sayangnya sepanjang di Uchisar, tiada hot air balloon yang terbang di waktu pagi disebabkan tiupan angin yang kuat. Kalau tidak pasti gambar-gambar saya lebih dramatik, hehe.
Kata-kata majlis bandaraya Uchisar di dalam guidebook mereka ada benarnya:
‘’As the pearl of Cappadocia… Uçhisar is the zenith ,the center and the door for Cappadocia.’’
Merupakan puncak tertinggi di Nevsehir, dari atas puncak istana batu ini kita dapat lihat seluruh lembah Nevsehir yang menghidangkan pemandangan menarik.
Kaunter tiket ke istana ini dibuka seawal jam 7.30 pagi, maka dapatlah panjat ke atas dan nikmati pemandangan matahari naik tanpa perlu berebut dengan pengunjung lain (sebab mereka belum bangun tidur, hehe).
Uchisar Castle telah diwartakan sebagai tapak warisan sejarah UNESCO pada tahun 1985. Dari segi sejarah, istana Uchisar dibina sewaktu zaman pemerintahan Byzantine diantara abad ke 15 hingga abad ke 16.
Ia menjadi salah satu daripada lokasi pertahanan strategik disebabkan oleh kedudukannya di atas bukit yang tinggi.
Sewaktu zaman pemerintahan empayar Parsi dan Seljuk, Uchisar dijadikan pusat kawalan utama bagi laluan Royal Road dan Silk Road (laluan sutera) atas faktor geopolitik.
Semasa era pemerintahan Uthmaniah pula, sekali lagi Uchisar dijadikan sebagai benteng pertahanan yang ampuh. Apabila berlaku serangan oleh pihak musuh, para penduduk di sekitarnya akan melarikan diri dan berlindung di Uchisar.
Uchisar juga turut menawarkan senibina dan architecture menarik, mempunyai dewan besar, terowong bawah tanah dan laluan yang ditutup dengan batu – sama seperti binaan di kota bawah tanah (underground city).
17. Bersiar-siar di di sekitar pekan Goreme – percuma
travel-ke-cappadocia-55
Salah satu restoran yang terdapat di Goreme. Macam pekan koboi kan?
travel-ke-cappadocia-56
Jika nak beli cenderahati, bolehlah dapatkan di sekitar Goreme. Malahan jika nak beli karpet di daerah Cappadocia, Goreme adalah tempat yang paling digalakkan kerana faktor harganya yang lebih murah.
Juga suka saya ingatkan, apa yang ada di Cappadocia tiada di tempat lain. Maksudnya jika kita suka keychain atau cenderahati di Cappadocia, belilah di sini sebab susah nak jumpa di luar Cappadocia. Setiap destinasi menawarkan cenderahati bertema tempatan dan tiada di tempat lain.
18. Berkunjung ke Ihlara Valley – bayaran masuk 10 Lira
SONY DSC
View dari salah satu jalan masuk ke Ihlara Village.
travel-ke-cappadocia-32
Terdapat 4 pintu masuk ke Ihlara Valley namun yang paling popular adalah dientrance ke 2 yang terletak 4km daripada Ihlara Village. Di pintu ke 2 ini terdapat 300 mata anak tangga yang perlu dilalui untuk turun ke lembah. Setiap tahun Ihlara Valley menerima kunjungan 1.2 juta pelancong.
travel-ke-cappadocia-31
Salah satu daripada gereja lama yang dibina di dinding lembah. Kebetulan pada ketika ini adalah penghujung musim luruh, maka gambar-gambar yang diambil di sini juga agak menarik. Bak kata anak saya macam scene dalammovie Into The Wood pulak.
Ihlara Valley merupakan lokasi terawal yang dijadikan penempatan oleh para penganut Kristian yang melarikan dari daripada tentera Rom. Lembah yang dibentuk oleh aliran sungai Melendiz ribuan tahun dulu ini pernah dihuni lebih daripada 80 ribu orang penduduk.
Dengan kedalaman lebih 100m, lembah yang berbengkang bengkuk sejauh 14km dengan 26 lekuk ini turut memiliki beratus gereja lama yang dibina di dalam gua yang terdapat di dinding lembah ini.
Oh ya, lokasi Ihlara Valley ini jauh daripada Goreme. Jarak antara Goreme ke Ihlara Valley adalah 80km (hampir 1 jam setengah).  Jika mahu ke Ihlara Valley bolehlah ambil pakej tour atau dengan menyewa kereta.
Jika sewa kereta bolehlah berhenti di mana-mana jika nampak pemandangan menarik. Nampaknya apa yang saya baca dan dengar sebelum ini adalah benar. Orang-orang kampung di luar bandar di Turki kebanyakkanya baik dan peramah.
19. Mencuba Pottery Kebab
travel-ke-cappadocia-34
Pottery kebab yang dimasak dalam periuk tembikar.
travel-ke-cappadocia-35
Bila nak makan kena ketuk tudung dia dengan penukul, baru boleh buka.
Pottery Kebab merupakan kebab yang dimasak dalam periuk tembikar dan ia adalah antara makanan unik yang berasal daripada Cappadocia. Dari segi rasa memang tak kalah sedapnya. Tapi semestinya setiap restoran menghidangkan rasa yang sedikit berbeza bergantung kepada ramuan dan kuantiti rempah yang digunakan.
20. Naik kuda, sewa ATV atau motor
travel-ke-cappadocia-39
Kami sempat sewa ATV. 1 ATV 60 Lira, pakej 2 jam 30 minit termasuk sunset view.
travel-ke-cappadocia-41
Kuda untuk di sewa. Lupa nak check berapa harga pakej tour sambil menunggang kuda kat sini.
Jika masa adalah penghalang untuk anda menyelongkar keindahan Goreme dengan lebih lama, bolehlah sewa ATV dan motor untuk menikmati keunikannya.
Biasanya pakej sewa ATV dan menunggang kuda disertakan dengan guide yang akan bawa anda menjelajah beberapa kawasan termasuk lokasi offroad di Goreme.
Jika sewa motor pula, anda lebih bebas untuk meneroka dan berhenti di mana saja anda mahu untuk ambil gambar.
Bagi saya dan keluarga, kami menyewa kereta sepanjang berada di Cappadocia agar lebih mudah menjelajah. 5 orang dalam satu group ditambah dengan adanya kanak-kanak tak memungkinkan kami untuk sewa motor. Untuk caj sewaan, boleh survey siap-siap sebelum ke sana dan buat perbandingan harga.
Dari pemerhatian saya, tempahan sewa kereta yang dibuat online lebih murah berbanding walk in sewaktu kami di Cappadocia. Mungkin kerana waktu ni dah nak masuk musim sejuk dan tidak ramai pelancong yang datang.
21. Melihat suasana sebenar dalam Fairy Chimney – percuma
travel-ke-cappadocia-53
Dah beberapa hari kat Cappadocia tapi tak de peluang pun masuk dalam fairy chimney berbentuk kon ni. Hampir kecewa sebab dah last day kat Cappadocia.
Hinggalah sewaktu ke Pigeon Valley kat belah bawah Uchisar kami disapa pakcik penjual barang kemas dan perak kat depan kedai dia. Kedai pakcik ni kat bawah fairy chimney dia. Dan dia boleh berbahasa Inggeris sikit-sikit.
Lepas kenalkan diri dan cakap Muslim dari Malaysia, pakcik ni cakap – pergilah naik atas tengok-tengok dalam fairy chimney pakcik.
Eh? Boleh ke?
Boleh, pergilah naik. Ni pakcik punya.
Dulu nenek moyang pakcik tinggal dalam ni la. Tapi sekarang pakcik duduk kat sini di musim panas je. Musim lain dok kat umah di Uchisar (Uchisar kat belah atas Pigeon Valley tu je).
Gambar: Pakcik ‘Cave Man’ tengah lepak minum chay dengan anak dia.
travel-ke-cappadocia-52
View dalam fairy chimney (rumah gua). Fairy chimney ni ada 4 tingkat. Sebab bentuk dia macam kon, lagi ke atas lagi kecik ruang dia berbanding ruang kat tingkat bawah.
travel-ke-cappadocia-54
Inilah tangga kat dalam fairy chimney. Rasa nyaman je dok kat dalam ni. Cuma tangga dia curam. Macam manalah orang dulu-dulu panjat naik bila dah tua ek?
Hari terakhir di Cappadocia saya dan keluarga berpeluang masuk ke dalam salah sebuah fairy chimney yang terdapat di Pigeon Valley. Ia adalah milik seorang peniaga kedai barang kemas dan perak yang dibina di bahagian tepi fairy chimney. Pakcik ni turut buka cafe di bahagian depan fairy chimney.
22. Bersiar-siar dan buat periuk tembikar di Avanos – percuma
travel-ke-cappadocia-33
Antara lokasi membuat periuk tembikar (pottery) di Avanos. Rasa macam masuk ke pekan koboi pula masa kat sini.
travel-ke-cappadocia-36
View biasa di Avanos. Kereta kuda masih digunakan dengan meluas oleh para petani di sini.
Avanos merupakan pusat industri membuat periuk tembikar (pottery) di Cappadocia. Ada sungai mengalir di tengah-tengah bandar Avanos iaitu sungai Kizilirmak yang merupakan sungai terpanjang di Turki. Kerana sungai ni, bandar Kizilirmak terpisah dua. Menariknya sungai ni bermula di Turki dan turut berakhir di laut dalam wilayah Turki.
Lokasi Avanos adalah 8km daripada Goreme. Untuk ke sini ada 2 pilihan iaitu sama ada memandu kereta atau naik bas. Pilihan lain adalah dengan mengikut pakej tour.
Jika ke sini bolehlah cuba buat periuk tembikar secara percuma di mana-mana pusat membuat tembikar yang ada kat sini. Dengarnya muzium rambut pun ada kat sini tapi kami tak pergi.
Itulah antara aktiviti menarik yang anda juga boleh lakukan jika ke Cappadocia.
SUMBER : thevocket.com

No comments:

Post a Comment