1. Eye's Steak
- Eye's Steak agak baru saja dibuka di Pantai Dalam beberapa bulan lalu. Terletak di Pantai Dalam, antara sajian istimewa mereka ialah Chicken Boxing, Burger Chicken Chicken Chop Bun dan Ribs Eye. Saiz hidangan di restoran ini juga agak besar, memang puas hati kalau makan di sini.
Bagi mereka yang ingin menikmati makanan barat dengan bajet berpatutan, disarankan berkunjung ke sini kerana tagline kedai ini pun "Rasa Restoran, Harga Kedai" menjaminkan yang dompet anda takkan koyak jika menjamu selera di sini.
Beef steak: RM11, Chicken Chop: RM7.50, Lamb Chop (dan nasi): RM13.50
Alamat: GM5-09 & 10, Bazaria Pantai (Jalan Pantai Permai 2), 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Telefon: 017-2563283 - 2. Toowomba Deli & Meats Steak House
- Kedai makan dengan nama yang unik ini antara kedai makan western mampu beli yang memasukkan Wagyu dalam menu mereka. Daging Wagyu adalah bahagian daging terbaik dari baka lembu yang juga terbaik, jadi harganya biasanya adalah mahal. Kalau di Me'nate harga Wagyu ialah lebih RM200 mengikut timbangan. Tetapi di sini, harganya cuma RM110.90 untuk jenis Sirloin dan RM122.90 untuk jenis Ribeye. Selain dari Wagyu, antara menu istimewa lain ialah Seafood Platter, Steak Sandwich dan Lamb Rack. Layari Facebook Twoowomba Deli untuk info lanjut.
- Striploin steak: RM22.90, Chicken Chop: RM18.90, Lamb Chop: RM21.90
- Alamat: G 3A PV128 Jalan Genting Klang Setapak, Kuala Lumpur.
- Telefon: 03-4131900
- 3. Mr Steak House
- Walaupun kedai makan ini lokasinya agak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, tapi ramai yang recommend dan memuji kesedapan makanan barat yang disajikan di sini. Bagi mereka yang tinggal di luar pusat bandaraya, terutama yang tinggal di bahagian Bangi dan Kajang, mungkin boleh cuba Mr Steak House.Antara menu yang istimewa di sini ialah makanan Itali, makanan pinggan panas (hot plate) dan paling terkini, Grilled Tiger Prawn.
- Sirloin steak: RM15.90, Chicken Chop: RM8.90, Lamb Chop: RM11.90
- Alamat: No. 23-1, Jalan BPP 5/8, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
- 4. Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
- Kedai makan Pak Ngah Hilmi ini seperti kecil-kecil cili padi, walaupun kecil namun ramai juga yang turut mencadangkan kedai ini untuk dikunjungi sekiranya teringin nak makan makanan barat. Antara hidangan lain yang terdapat di sini ialah kepak ayam dan bebola daging. Menu di kedai makan Pak Ngah Hilmi ini sangat straight forward, jadi anda tak perlu kerut dahi memikirkan menu apa yang nak dimakan. Memandangkan kedai makan ini cuma sebuah kedai makan kecil, menu makanan barat yang dijual juga adalah yang makanan barat yang basic iaitu steak. Namun begitu, menu simple ini memang menepati citarasa kedai makanan barat yang kami cari.
- Lamb Steak: RM19.00, Chicken Steak: RM18.00
- Alamat: No 43 Jalan SJ 1, Taman Setiajaya, Rawang, Selangor.
- Telefon: 012-9332709
- 5. Top Steak House Apa yang istimewanya Top Steak House ini ialah ia mempunyai sehingga 60 pilihan menu yang boleh anda pilih jika anda berkunjung ke sini. Ramai yang mengatakan rasa pedas sos barbeku pada setiap hidangan di restoran ini memukau selera pelanggan.Menu di Top Steak House terbahagi kepada lima kategori iaitu ayam, ikan, daging lembu, daging kambing dan hidangan masakan Itali. Kalau anda hendak memesan menu makanan laut pula, tempahan sehari sebelum adalah digalakkan untuk mengekalkan kesegaran makanan. Steak Tulang T: RM26.90, Chicken Chop: RM8.90, Mixed Lamb Chop: RM16.90 Alamat: No. 2, Jalan Tasik Utama 10, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
7. Western Dwap Barbarian Vape & Grill
- Daging yang disajikan di Western Dwap digemari ramai kerana ia mempunyai tekstur yang empuk dan dimasak dengan begitu istimewa. Selain daripada menyediakan menu berbentuk grill, di sini juga terdapat pelbagai pilihan sandwich. Yang menariknya, sandwich ini boleh didapati dalam dua pilihan saiz iaitu Barbarian Sandwich untuk saiz besar, dan Viking Sandwich untuk saiz yang lagi lagi besar. Fuhlamak, kalau makan agaknya kenyang seminggu.
Antara menu istimewa di Western Dwap ialah lima jenis pasta, Bangers and Mashed (sosej), pelbagai pilihan burger dan Wagyu. Harga Wagyu di sini ialah RM128. LayariFacebook dan Instagram Dwap Barbarian untuk info lanjut.
Grill Lamb: RM35.00, Chicken Viking: RM28.00
Alamat: Blok 6, Lot G45, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
Telefon: 03-58872644 / 017-6236296says.com
8. Big Brother
- Ramai yang kata saiz menu di Big Brother ini besar sehingga satu hidangan boleh dikongsi dua orang, dan harganya pula murah. Memang berbaloi kalau makan di sini. Bagi penggemar keju, pasti sukakan makanan di sini kerana mereka tidak lokek dengan keju. Contohnya, dalam sup krim tomato, diletakkan keju untuk membangkitkan lagi kelazatannya.
Big Brother menyajikan menu seperti pemanis mulut Meringue, Breaded Fish, Spagetti dan Nachos. Kesemua menu ini berjaya memikat hati pelanggan dan kerap dicadangkan oleh mereka bagi yang baru hendak berkunjung ke sini. Layari FacebookBig Brother untuk info lanjut.
Steak: RM30.90, Chicken Chop: RM15.90, Lamb Chop Tower: RM20.90
Alamat: No. 3G, 3-1, Jalan 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damansara, PJU5, 47810, Selangor.
Telefon: 012-2115190says.com
9. Ayers Rock Butcher and Grill
- Jika anda sukakan menu dengan nama yang simple, dan anda mahu makan dalam keadaan tenang, mungkin anda patut cuba Ayers Rock Butchery Grill. Kedudukannya yang terletak di kawasan perumahan dan agak tersorok menjadikan ia tenang berbanding dengan steak house yang lain. Menunya memang straightforward, boleh baca terus senarai steak yang anda nak makan. Dan jika Shah Alam terlalu jauh untuk anda, restoran ini ada cawangannya di Wangsa Maju.
Antara menu istimewa di restoran ini ialah Salmon Steak, Grainfed Ribeye dan Burger Steak. Layari Facebook Ayers Rock untuk info lanjut.
Sirloin Steak: RM30.90 (280gms), Grilled Chicken: RM15.00
Alamat: Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
Telefon: 03-51922344says.com
Monday, 28 December 2015
LOKASI MAKANAN WESTERN YANG MESTI DIKUNJUNGI DI KL & SELANGOR!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment