Sunday, 2 August 2015

Tips Pilih Tempat Paling Best Untuk Bercuti

Kadang-kadang kita ni ada cuti, dan ada duit juga. Dalam hati ada rasa nak bercuti atau jalan-jalan… Tapi mungkin tak tahu mana tempat yang patut kita pegi. Tempat yang berbaloi untuk dijadikan destinasi.
Kali ni saya nak kongsi macamana nak buat research tentang destinasi terbaik untuk percutian kita. Ye lah, kadang2 kita tanya kawan2 kita, mereka suggest pegi situ pegi sini, tapi bila kita sampai sana, kita rasa macam tak enjoy pun. Citarasa berbeza…
Kalau boleh sediakan pen dengan kertas terlebih dulu, supaya kita boleh nampak dengan jelas.
Jom, check it out.


1. Tujuan bercuti

Ya, kena tetapkan apa dan kenapa nak keluar bercuti? Apa objektif kita? Sebab nak release stress ke, nak kenal tempat baru ke, nak rasa pengalaman baru ke, nak tayang kat member ke, nak main ski ke…
Bila kita tahu kenapa kita nak sangat pergi bercuti, senang lah nanti kita nak buat keputusan ke mana nak pergi. Tempat rileks dengan tempat cari pengalaman baru kan tak sama…

2. Dengan siapa nak bercuti?

Ini pun satu hal lagi. Solo ke, dengan pasangan ke, dengan anak-anak ke, dengan mak ayah ke, dengan kawan-kawan ke… Tempat yang kita nak pegi tu haruslah sesuai dengan siapa kita bersama dengan.. jangan jadi stress macam Scha Al-Yahya pulak gara-gara bawa anaknya Lara Alana melancong.
Kalau nak travel dengan keluarga, boleh bincang sama-sama dan plan agar perjalanan tu boleh menyenangkan semua pihak.

3. Apa yang dimahukan dalam percutian

Cuba bayangkan pengalaman yang macamana yang nak dialami… Santai tepi pantai ke, bergambar depan landmark dunia ke, advanture ke, rileks-rileks ke, shopping ke, bajet ke.. Kalau rasa takde idea boleh baca blog2 travel atau buku2 travel… Cuba imagine kalau kita ada di situasi yang mereka kongsi tu, rasa best ke tak best. Nak ke taknak?

4. Berapa lama trip tu

Yelah, kalau cuti ada 4 hari je, 2 hari traveling day (hari pergi & hari balik), 2 hari je masa yang ada… jadi mesti kena tengok kesesuaian tempat dengan masa yang ada. Kalau masa singkat sebaiknya pegi tempat yang attraction-nya dalam area tu je. Kalau tak nanti dapat penat lebih, enjoy kurang.
& mesti simpan sikit masa untuk layan karenah anak-anak kalau bawa mereka bersama. Kalau anak kita kat rumah ada banyak perangai, jangan expect mereka berubah kalau keluar travel ye…

5. Ada nak belajar apa-apa tak?

Mungkin jarang orang buat (time constraint mungkin) tapi possible je kalau nak travel untuk belajar… Misalnya pegi Thailand nak belajar buat tomyam. Pegi Sepanyol nak belajar Bahasa Sepanyol. Belajar masak kari di India ke..

6. Musim apa nak rasa?

Kita di Malaysia ni kalau tak musim hujan, musim panas. Tapi kalau nak merasa negara 4 musim, kena buat study Geografi sikit. At least kena tahu bulan apa musim apa.
4 MUSIM
Dan kena tahu juga negara di hemisfera Selatan (Australia, New Zealand, Argentina, Chile, South Africa,etc) ni terbalik dengan di hemisfera Utara (Europe, etc).
Kena plan lah pasal musim ni, pakaian kena sesuai, aktiviti pun kena sesuai juga.

6. Bajet berapa

Yerrr ini paling penting tapi jangan letak awal-awal. Kalau awal-awal kita dah set bajet, imaginasi kita pun ada constraint sebab duk fikir “Nanti bajet tak cukup….”. Nak fikir plan best2 pun terbantut bila fikirkan bajet.
Bila kita dah agak2 ada plan dan gambaran tentang destinasi tu, baru kita tengok bajet. Then, barulah boleh adjust. Apa yang nak di-adjust? Misalnya lah kita dah plan nak bawa anak holiday di Hong Kong Disneyland (theme park)… tengok2 eh tak cukup bajet rupanya. Kan boleh tukar plan ke Universal Studio Singapore ke, atau LegoLand. Sama je theme park juga.
Nampak tak? Kalau awal2 kita dah letak “Bajet takde..” kita pun takut nak fikir alternatif lain.
BAJET TRAVEL
Amacam? Ada nampak gambaran tak next destination nanti ke mana?
Benda pengalaman ni, kita boleh tanya orang sebagai reference je, plan sendiri apa kita nak. Yang puas hati nanti, kita… yang tak puas hati pun kita.
Happy planning!

No comments:

Post a Comment