Sebelum bercuti perlu buat persediaan teliti supaya percutian terindah tidak bertukar ke percutian 'nightmare'. Antara yang perlu anda titik beratkan ketika melancong ke luar negara adalah tentang perkara yang perlu anda waspada ketika melancong ke sesebuah negara. Jom baca!
Baru-baru ni saya terbaca di salah satu group di facebook tentang salah seorang ahli group tersebut yang tertipu semasa menaiki teksi semasa bercuti di Vietnam. Patutnya harga teksi dalam RM 25 dah jadi beratus-ratus ringgit. Selepas post tersebut ramai lagi ahli group tersebut turut sama meluahkan perasaan masing-masing tentang sikap pemandu teksi di sana.
Tertipu semasa bercuti di Vietnam memang perkara biasa malah bukan di Vietnam saja. Banyak juga negara lain yang pemadu teksinya menipu pelancong termasuklah dekat Kuala Lumpur ni. Masing-masing nak kaya cepatlah tu sampai lupa yang dapat duit cara tu salah dan merosakkan nama negara.
Saya pernah ke sana tahun 2013 dulu dan sebelum pergi banyak yang saya baca dan cari informasi di internet . Dalam banyak membaca pun ada juga saya terkena nasib baik tak banyak sangat. Jadi saya kongsikan di sini mana tau ia bermanafaat pada anda yang mungkin sekarang sedang plan nak ke sana .
1.Hanya naik teksi bertulis ‘Vinasun’ atau ‘Mailinh’ sahaja sebab mereka menggunakan meter dan milik kerajaan. Bila sampai di sana memang banyak teksi tunggu di luar. Teksi yang nama seakan-akan sama pun ada tapi jangan terpedaya.
Ambil yang nama teksinya seperti yang di eja di atas sebab yang ejaannya lari tu teksi penipu.Kalau nak naik teksi dari hotel anda boleh minta mereka bookkan teksi untuk anda supaya lebih selamat.
2.Naik bas saja kalau beg anda tak berat sebab tambang bas dari airport ke Ben Thanh pot orang kita shopping murah sangat. Tambang bas baru 5000 Viet Dong ( lebih kurang RM 0.80 sen je ) Kalau naik bas pun dalam setengah jam dah sampai.Bolehlah ambil pengalaman naik bas mereka. Tapi kalau anda letak beg sebelah konduktor akan caj extra.
3.Hati-hati dengan penarik beca di sana sebab anda mungkin di bawa ke tempat yang anda tak tahu ( memang tak tahu pun kalau baru kali pertama pergi ) dan di paksa turun. Mula-mula mereka memang bagi harga murah tapi bila dah naik dan sampai destinasi yang di tuju mereka akan mula putar belit.
Anda akan di minta membayar tambang beca dengan harga yang tak munasabah. Bayangkan kalau naik beca mula-mula kata 15000 Viet Dong ( dalam RM 2 lebih kurang ) jadi 500,000 Viet Dong ( RM 75 kurang lebih ) . Jauh beza tu.Mereka yang menipu biasanya tak suka kita ambik gambar diaorang sebab tak mau kita cam muka mereka.
Kalau sanggup bertekak terpulanglah tapi duit tetap hilang juga. Masa keluar beg duit pun jauh jauh sikit dari mereka sebab mereka sanggup rampas dari tangan kita.
4.Sebelum membeli belah jangan terus beli kalau pada anda harga tu dah murah. Jalan je dulu dan survey harga barang di sana sebab yang jual baju terutamanya berlambak di sana. Kalau dah tawar dan mereka bagi harga yang anda dah dapat jangan tak beli.
Kalau kita jadi peniaga pun kalau begitu keadaannya mesti kita sendiri pun rasa marah betul tak ? Bila menawar harga , tawar sehingga 70 % dari harga yang di beritahu.Mereka memang akan bagi harga biasa bila kita bertanya.Nak borong di Vietnam tak seperti di China yang kena beli banyak banyak.
5. Hati-hati dengan peniaga di sana yang suka tarik tangan orang masuk ke kedai mereka. Ini satu habit yang paling saya tak suka bila ke sana dan memang saya peluk tubuh je bila berjalan supaya tangan tak kena tarik. Kalau peniaga lelaki yang tarik memang kena pelempang time tu jugak he he tapi raya-rata peniaganya ramai perempuan.
6.Jangan layan sangat peniaga yang suka mintak duit anda sebagai souvenir. Itu nak pau je sebenarnya. Kadang-kadang mereka minta minyak wangilah sebagai kenang-kenangan kononnya. Apa halnya peniaga nak mintak souvenir dari pelancong pulak betul tak ?
7.Kira betul-betul baki yang di pulangkan bila membeli belah sebab kadang-kadang mereka bagi kurang . Nak kira duit mereka memang pening sikit sebab duitnya banyak nombor ‘0’ di belakang. Lagi satu tukaran matawang di sana tinggi berbeza sikit dari di Malaysia.
Contohnya kalau kita kira di sini rate mereka 7 Viet Dong, peniaga di sana mungkin kata 7.50 . Jadi kalau nak betul-betul beli ikut budget yang kita dah tetapkan guna duit RM je kecuali anda tahu rate masa tu dan pandai kira tukaran wang asing.
Masa saya pergi dulu mereka terima duit RM tapi ada juga saya dengar mereka mula choosy sebab duit kita nilainya makin menurun sekarang ni.
8.Jangan percaya peniaga kata beg Deuter yang tip top tu memang original kalau anda sendiri tak pasti speks beg original tu. Vietnam memang ada kilang buat beg tu dari Deuter tetapi beg tersebut hanya untuk pasaran luar. Beg Deuter a tidak di jual di Vietnam. Jadi kalau peniaga kata ia beg original janganlah terus percaya.
Kalau high grade tu lain sebab ia masih dalam kategori tiruan. Kalau nasib kita betul-betul baik kita dapat yang original mungkin sebab ia barang reject yang di seludup keluar tapi peluang tu tipis rasanya.
9.Jika melintas jalan di Vietnam terutama di Hi Chi Minh city jangan teragak-agak.Dah melintas jalan je terus sebab penunggang motorsikal akan ke tepi dengan sendirinya . Jika anda teragak agak ia boleh mengakibatkan perjalan mereka tidak lancar.
Walaupun motorsikal ( kenderaan utama di sana ) bersimpang siur seolah olah tak ada peraturan tapi ia sesuatu yang unik kerana mereka sangat berhemah dengan pejalan kaki dan kenderaan lain.
10.Sediakan matawang dollar USD sebelum balik di airport kerana kaunter check out mereka tidak menerima duit RM atau matawang negara mereka sendiri. Kalau duit dah habis pastikan kredit kad atau debit card masih ada sebab kemungkinan anda terlebih bajet di Vietnam sangat tinggi.
Sebaik-baiknya nya anda timbang siap-siap di hotel kerana kebanyakan hotel di Vietnam ada menyediakan timbang di reception mereka.
Begitulah lebih kurang beberapa perkara yang anda kena waspada jika merancang untuk melancong atau bercuti di Vietnam. Bekas negara kominis ini ada banyak tempat menarik tetapi ramai orang Malaysia datang untuk memborong sambil berjalan.
Sumber : kakimelancong.com
No comments:
Post a Comment