Tuesday, 7 June 2016

(TIPS KEMBARA SUFFAH) :: 10 MAKANAN MESTI CUBA DI KOREA


1) Hotteok

Hotteok ni sedap boleh dapatkan kat pasar pagi Namdaemun. Kat dalam dia ada cinnamon powder , peanut and sesame. Harga pun murah 1KW je


2)  Bulgogi


Bulgogi set kat Eid Halal Korean Food dekat area Itaewon. Tauke dia korea Muslim. Orang Malaysia dan Korea ramai datang sini sebab memang sedap. Plus boleh jumpa anak owner dia yang famous among Malaysian girl, Saad ahhah. Harga per set adalah 10KW. Nanti bila da siap makan dia akan bagi air teh peach secara percuma.
3) Nasi goreng dengan makanan laut

Seafood fried rice, yang ni kat Yoogane. Kedai ni ada banyak cawangan. Yang kita orang makan ni dekat area Hongdae. Kat sini hanya ada hidangan ayam danseafood sahaja. Harga untuk 5 orang makan 32.5KW.

4) Nasi goncang
Nasi goncang (dosirak) ni boleh makan dekat Drama Cafe dalam kawasan Nami Island deretan musolla dan library budak-budak. Kat dalam ni ada nasi, kimchi dan telur. Kena pakai glove dan goncang nasi tu sampai rata, military meal style. Harga dia 5KW, must try dekat Nami Island.

5) Aiskrim ikan


6) Susu Pisang


7) Jus Minuman Aloe Vera


Air minuman ni sangat sedap & berkhasiat. Mengikut kenalan di Korea, air ini sangat membantu ketika terkena selsema @ sakit tekak. Harga dalam KRW 3.Boleh beli di mana-mana kedai runcit di sana

8) Nasi tarik & pancake seafood


Spicy sugelbi dan pancake seafood. Yang unik dia pakai nasi tarik, dia macam tepung gandum yang dikoyak kan lepas tu kuah dia pedas rasa kuah mee bandung. Pancake seafood dia memang best gila. Harga untuk 7 orang adalah 49k. Bila nak order ambik untuk serving 3 orang je sebab memang banyak portion

9) Strawberry soda blended
Strawberry soda blended boleh dapat kat gerai kecil-kecil kat Everland. Menyegarkan dan juga boleh hilangkan mual lepas naik roller coaster.

10) Ikan Bakar



Ikan bakar dan sotong tumis yang sangat sedap. Boleh makan dekat Dongdaemun. Kat situ banyak deretan kedai. Pastikan pergi kedai yang betul. Nama kedai tu Ho Nam Jib sebelah kedai yang selalu masuk KBS and SBS. Kitaorang makan 7 orang harga dia 49KW.

Nampak sedap  & menyelerakan semua makanan di atas ini.
Teringin untuk mencuba sendiri makanan-makanan di atas?
Sertai kami melawat Korea pada bulan Nov ini dengan mendaftar 


No comments:

Post a Comment